BAB 11

Romance Completed 3103

“Apa maksud Ery?” Lorna bingung.

“Albert merupakan anak kepada Ratu Lara. Dia yang menyuruh Ratu Lara sumpah Lorna jadi macam ni. Dia cuba ambil kesempatan atas keadaan Lorna semata-mata inginkan cinta Lorna. Lelaki macam ni memang pengecut. Sanggup guna cara kotor!” hambur Samuel.

“Bu..bukan macam tu Lorna. Ak..aku…” Albert memegang erat lengan Lorna.

“Lepaskan aku pengecut! Kau dan aku bukan lagi kawan. Kau yang minta macam ni. Pergilah. Pergi pada bonda kau, Ratu Lara.”

Hati Albert hancur. Luluh. Saat ini dia tahu hati seseorang tidak boleh dipaksa. Dia malu dengan Lorna, Samuel dan juga bondanya.

“Mungkin ini terakhir kali kita berjumpa. Aku juga disumpah. Disumpah oleh musuh bondaku sendiri. Aku disumpah supaya menyatukan tiga pasangan jika tidak aku akan mati. Tapi satu pasangan lagi tidak disatukan. Masa aku cuma tinggal beberapa minit saja. Aku minta maaf aku pergi dulu,” terang Albert dengan panjang lebar lalu berpaling menuju ke arah Ratu Lara.

Lorna menunduk. Air matanya bergenang. Dia tidak sanggup melihat sahabatnya pergi.

“Lorna,” panggilan Samuel itu dibiarkan berlalu.

“Aku sukakan kau Lorna. Maafkan aku,” serentak dengan itu angin bertiup deras hingga bergoyang pokok di hutan itu. Perlahan-lahan angin mula reda. Lorna berpaling.

“Ery… sumpahan tu. Sumpahan itu dah hilang. Sumpahan itu sudah tamat. Terima kasih Ery.”pantas diterpa ke arah Samuel yang masih terpinga-pinga.

“Maksudnya, Lorna …”

“Ya. Rupanya orang yang Lorna cintakan selama ini adalah Ery. Lorna cintakan Ery.” Samuel memeluk Lorna erat. Dia tidak mahu lepaskan gadis itu pada orang lain. Tak akan. Mereka tersentak apabila terdengar jeritan Ratu Lara. Melihat tubuh Albert yang terkulai di sisi Ratu Lara membuatkan mereka bertindak untuk menghampiri Albert.

“Albert. Maafkan aku jika selama ni aku bukan kawan yang baik. Maafkan aku.” Samuel menangis sambil memangku kepala Albert. Deheman Albert mengejutkan semua orang.

“Aku belum mati lagi lah. Mungkin kamu dan Lorna pasangan terakhir aku satukan. Tak sangka,” gelengan kepala Albert membuat mereka semua tersenyum.

“Apalah kau ni. Apa-apa pun kita tetap kawan kan?” Anggukan daripada Albert memberi kelegaan kepada semua. Riuh hutan itu dengan gelak tawa mereka. Hingga harimau boleh tertanggal belang mendengar keriuhan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience