BAB 3

Romance Completed 3103

“Ya. Ini Lorna, Ery. Sam terkejut apatah lagi Lorna. Lorna takut nak tengok diri Lorna sendiri.” Lorna mula sebak bercampur malu. Mana tidaknya. Bulu hidung yang mengurai kenapa tidak kuku panjang macam Cik Ponti?

“Tapi kenapa Lorna ? Macam mana bulu hidung kau… erk, maksud aku macam mana boleh jadi macam ni?” Samuel mula berasa aneh.

“Duduklah dulu,mama pergi dapur dulu. Kamu terangkanlah dekat Samuel ni.” Elizabeth tersenyum lalu meninggalkan mereka berdua.

“Dulu. Sewaktu kau pergi tinggalkan aku sekeluarga. Aku cuba cari kau Ery. Iyalah, rakan karib aku tiba-tiba je pergi. Aku sunyi sebab tak ada siapa yang nak kawan dengan aku.” Lorna menundukkan kepalanya. Sebak menerpa dirinya.

“Sorry. Kau kan tahu aku pergi untuk belajar. Bila aku balik kau dah pindah. Itupun mujur aku jumpa papa kau,pak cik Vincent,” Samuel membalas.

“Tak mengapa. Salah aku. Aku tak dapat terima kau pergi jauh daripada aku. Keesokan selepas kau pergi aku pergi ke pengkalan rahsia kita. Kemudian aku nampak ada serangga. Cantik sangat! Aku cuba ikut. Sedar tidak sedar aku sudah masuk kedalam hutan. Kau percaya atau tidak aku telah disumpah oleh Ratu Serangga iaitu Ratu Lara menjadi macam ni apabila malam. Dia sumpah aku sebab aku ganggu kawasan dia dengan anak buahnya.”

“Mesti kau rasa benda ni tak logik kan? Selepas kejadian tu aku sedar aku berada di atas katil. Aku ingatkan aku bermimpi. Aku tak pedulikan semua tu. Kebetulan hari tu ada parti hari jadi Lilac. Sedang asyik aku berbual-bual dengan diorang. Tiba-tiba mereka menjarakkan diri daripada aku. Berlari bertempiaran. Aku mula berasa pelik. Aku pandang bawah aku tengok bulu hidung aku mengurai macam ni. Saat tu aku tahu itu bukan mimpi tapi betul-betul sumpahan.”

“Betul tu Samuel. Mak cik dan pak cik pun terkejut. Hinggakan orang kampung cuba bunuh Lorna kerana membawa nasib malang. Hari tu, Lilac meninggal sebab kemalangan dengan lori. Mak dia tak dapat terima kenyataan lalu menuduh Lorna sebab Lorna orang terakhir berjumpa dengan Lilac.” Jelas Elizabeth sambil menatang air. Samuel mengangguk faham.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience