BAB 2

Romance Completed 4265

DATO’ Aizril memandang pelik ke arah menantunya itu. Setiap kali makan malam… sekalipun dia tak pernah makan semeja dengan mereka semua. “Nia?”

Dania mengangkat muka memandang bapa mertuanya itu. Senyuman cuba dihulurkan. Cuma lelaki ini sahaja yang melayannya dengan baik. Sungguh, dia segan untuk bermasam muka dengan lelaki ini.

“Ada apa papa?” Perlahan suaranya. Bimbang jika ibu mertuanya mendengra dia memanggil lelaki itu dengan panggilan papa.

“Kenapa duduk tercegat kat situ? Mari sini! Duduk makan sekali.” Ajaknya lembut.

Bergenang kolam matanya dengan kebaikan bapa mertuanya itu. Sungguh, hatinya benar-benar tersentuh. Bapa mertuanya

ini mengingatkan dia kepada arwah bapanya. Dia terlalu rindukan kasih sayang itu. “Papa makanlah. Nia dah makan tadi.”

“Alah, abang… Abang ni tak tahu lagi ke? Puteri kesayangan abang tu bukannya suka makan malam. Diet sangat!” Puan Salina menahan sabar di dalam hatinya. Kalau diikutkan hatinya yang sakit ini memang dah kena hentam budak sorang ni! Nasib baik suami aku ada! Kalau tak memang aku dah kerjakan kau cukup-cukup! Pandangan amaran dihadiahkan kepada Dania.

“Dania ke dapur dulu.” Dia tidak berani untuk berlama-lama di meja makan. Dia tidak mahu merosakkan makan malam itu. Biarlah! Dia sanggup berlapar daripada dimarah dan dimaki hamun.

Sedang dia membasuh pinggan, telinganya menangkap derap langkah kaki seseorang menghampirinya. Dania berpaling ke

belakang. Amsyar… Pandangan dihalakan ke arah suaminya itu. “Abang nak apa-apa ke?”

“Buatkan aku milo ais. Bawak naik atas.” Tanpa menunggu jawapan Dania, dia terus membasuh tangan dan melangkah meninggalkan wanita itu. Sedikit pun dia tidak memandang isterinya itu.

Dania mengangguk perlahan. Sabarlah Dania… Bukannya kau tak biasa pun! Teruk daripada itu pun kau pernah kena, kan? Dia cuba memujuk diri sendiri. Sekejap sahaja dia sudah menyediakan minuman sepertimana yang diminta oleh suaminya tadi. Kaki dilangkahkan ke anak tangga pertama.

“Eh, kau nak gi mana ni?”

Dania berpaling ke arah suara itu. Kedengaran perlahan… namun cukup keras menampar telinganya. “Nak bawakkan air

ke atas.”

“Untuk siapa?”

“Abang Amsyar.”

Puan Salina menghampiri Dania. Anak matanya jatuh pada gelas yang dipegang oleh Dania. “Air apa ni?”

“Milo ais.”

“Bak sini!” Dia terus merampas gelas di tangan Dania. Sedikit air tertumpah ke lantai. “Kau ni… tak ikhlas, kan? Sampai tumpah kat lantai! Nasib baik tak kena baju aku!”

“Maaf, Nia tak sengaja.” Dia meminta maaf untuk kesalahan yang bukan bermula daripadanya. Ya, itulah yang selalu dilakukannya.

“Dah! Pergi buat air lain untuk Am. Menyampah pulak aku tengok muka kau ni!”

“Sal? Kenapa ni bising-bising ni?” Muncul Dato’ Aizril bersama mereka.

Lambat-lambat Puan Salina berpaling ke belakang. Jangan-jangan… suaminya dengar ke? Dia nampak ke? Dia meneguk

liur perlahan. “Tak ada apa, bang. Ni Dania ni… Jalan tak pandang kiri kanan. Tak pasal-pasal terlanggar Sal kat

sini. Tumpah air milo yang Sal pegang.”

Dania diam tidak terkata. Perlukah dia berterus terang? Tak perlu kot! Biarlah… biarlah nampak salahnya. Asalkan

jangan mama mengamuk lagi. Dia tak sanggup kena pukul lagi. “Nia minta maaf, papa.”

“Hmm… tak apalah. Nia naiklah. Nanti papa minta tolong Mak Som bersihkan.”

“Eh, takpe papa. Nia boleh buat sendiri.” Cepat-cepat dia membantah tanpa memandang sedikit pun ke arah mamanya.

Takut sekiranya mama marahkan dia.

“Hah, kalau macam tu bersihkan cepat-cepat. Nanti ada pulak yang terjatuh kalau terpijak.”

“Baik papa.” Kakinya dilangkahkan meninggalkan papa dan mamanya di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience