BAB 13

Romance Completed 4265

SEKEJAP kepalanya ditolah ke kiri, sekejap pula kepalanya ditoleh ke kanan. Sejak peristiwa dia terserempak dengan Arsyad seminggu yang lepas, dia jadi penakut. Terasa seperti gerak gerinya diekori seseorang. Terasa seperti dirinya sedang diperhatikan seseorang. Terasa seperti Amsyar sedang memerhatikan gerak gerinya. Sungguh, dia sangat takut untuk berjalan bersendirian di kawasan itu walaupun sudah dua tahun dia menetap di sini.

Jangan-jangan… Amsyar datang mencari aku di sini kerana mahu merampas anak kecil ini? Sungguh dia sangat takut perkara itu berlaku. Seminggu dia cuba untuk tidak membawa Asyraf Damsyar ke mana-mana selepas terserempak dengan Arsyad. Tetapi hari ini… dia perlu membeli barang keperluan Asyraf Damsyar. Anak lelakinya itu dibawa keluar juga.

Langkah kaki dipercepatkan. Kepalanya tidak berani untuk menoleh ke belakang. Pelukannya pada bayi yang dipegangnya itu semakin kemas. Dia yakin… ada derap langkah yang sedang mengekori langkahnya. Air mata menitis jatuh ke pipi. Dia takut! Sangat takut sekiranya Amsyar akan mengapa-apakan dia! Mengapa-apakan anaknya ini! Kalau seminggu yang lepas dia boleh menyorok di belakang tong kerana dia berseorangan. Kali ini mungkin dia tidak dapat

menyorok seperti minggu lepas kerana dia bersama Asyraf Damsyar.

“Dania!”

Ada suara yang melaung namanya. Dania membuka langkah seribu dan melarikan diri sekuat hati. Asyraf Damsyar dipelukannya dipegang kemas. Kali ini Asyraf Damsyar sudah merengek perlahan. Mungkin terkejut… atau mungkin ketakutan.

Tiba di suatu lorong kecil, Dania menyorok di sebalik dinding rumah seseorang. Nafasnya yang tercungap-cungap itu cuba ditahannya. Asyraf Damsyar… Anak kecilnya itu masih merengek perlahan. Dania mengusap perlahan kepala anaknya. “Asyraf kena tolong mama… Asyraf kena diam sayang…” Dia bersuara perlahan ke arah bayi yang masih tidak tahu apa-apa itu. Sekejap sahaja anaknya itu sudah tersengih-sengih dan berhenti merengek. Seolah-olah faham dengan apa yang dituturkan oleh bibir ibunya ini. Dania melepaskan nafas kelegaan.

“Dania… saya tahu awak ada kat kawasan ni. Please Dania… jangan terus melarikan diri macam ni. Saya perlu bercakap dengan awak. Sekejap pun jadilah, Dania.” Dia bersuara sambil mencari-cari seraut wajah yang tidak ditemuinya. Cepat betul dia melarikan diri! Kenapa dia tak nak bersemuka dengan aku?

“Dania… please… Saya perlu minta maaf dengan awak. Dan saya… saya nak jelaskan sesuatu pada awak.”

Arsyad? Ya, dia kenal perbezaan suara Amsyar dan Arsyad. Apa yang didengarinya ini adalah suara Arsyad! Dia

menekup mulutnya dengan tangan. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu lelaki itu perasankan dia yang bersembunyi di sebalik kotak besar di belakang dinding rumah itu. Tangisannya cuba dikawal supaya tidak kedengaran.

“Saya tahu awak ada kat sini, Dania. Tolonglah… saya nak bercakap dengan awak sekejap sahaja.” Dia masih merayu.

Fikirannya teringatkan sesuatu. Anak siapa yang Dania pegang tadi? Anak Dania, kah? Dania dah berkahwin lain? Atau…

Bunyi tangisan bayi yang sedang merengek perlahan membuatkan Arsyad tersentak. Dania? Dania masih ada di sini? Dia cuba menjejak bunyi tangisan bayi yang perlahan itu.

Dania panik! Ya, awal-awal lagi dia dah tahu… Asyraf Damsyar akan merengek lagi. Mungkin penat… atau mungkin

lapar! Dia memang tak sempat nak susukan anaknya tadi. Dia bangun daripada duduknya. Kakinya cepat-cepat berlari meninggalkan tempat itu.

Kelibat Dania yang berlari itu dapat dilihatnya. Cepat-cepat Arsyad berlari mengejar wanita itu. “Dania! Tunggu kejap!”

Sekuat mana dia boleh berlari dengan bayi yang didukungnya itu. Usia Asyraf Damsyar sudah menginjak dua tahun. Dan beratnya boleh tahan jugak! Dia tahu… dia tak akan dapat lari jauh. Langkahnya mula perlahan. Kali ini aku pasrah! Apa pun yang bakal terjadi… aku redha!

“Dania!” Kali ini dia sudah berdiri di hadapan perempuan itu. Tercungap-cungap nafasnya. Anak matanya memandang tepat seraut wajah itu. “Dania… Saya perlu bercakap dengan awak.”

“Maaflah, saya tak ada masa.” Dia cuba mengatur langkah kembali, namun langkahnya dihalang. Anak matanya singgah pada seraut wajah itu. Tangisan Asyraf Damsyar semakin menjadi-jadi. Mungkin kerana terkejut apabila dia berlari seperti tadi. Ditepuknya belakang tubuh anaknya itu. “Syhh… jangan nangis sayang… Sorry, mama tak sengaja tadi.”

Menitis air matanya melihat kasih sayang Dania terhadap anak kecil itu. Betapa beruntungnya siapa yang dapat menjadikan Dania sebagai isterinya. Perempuan bidadari syurga yang sangat cantik… yang sangat penyayang… yang sangat baik… Sangat perfect!

“Awak nak cakap apa? Saya tak ada masa. Saya bagi awak masa seminit.”

Arsyad tersenyum sekejap. Air mata di pipinya disapu perlahan. Dania sekarang sangat jauh berbeza dengan Dania

yang dikenalinya dua tahun yang lalu. Dania yang di hadapannya ini sangat keras hatinya! Garang pun iya jugak!

“Jom… duduk dulu. Saya tahu awak penat.”

“Kan saya dah cakap tadi! Saya tak ada masa! Saya kena susukan anak saya.”

“Berapa umur dia?”

Apesal dengan mamat ni? Yang dia duk tanya umur Asyraf tu kenapa? “Setahun lapan bulan.”

Maksudnya… masa Amsyar ceraikan dia, dia dah mengandung? “Anak Amsyar jugak, kan?” Dia sekadar menduga.

“Kalau awak tak ada apa nak cakap, saya nak balik.”

“Saya ikut.”

“Tak boleh!” Cepat sahaja dia membantah. “Awak… dengan saya… bukan muhrim! Awak tak boleh ikut saya!” Tegasnya!

Arsyad tersenyum perlahan. Dania… sangat-sangat berbeza! Tegas! Keras hati orangnya! Sangat berbeza dengan Dania

yang pernah dikenalinya dahulu.

“Awak dah banyak berubah, kan?” Senyuman masih tidak lekang daripada seulas bibirnya.

“Ya, saya memang dah banyak berubah! Pengalaman yang buat saya berubah sampai macam ni!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience