BAB 11

Romance Completed 4265

DANIA mengalirkan air mata untuk sekian kalinya. Untuk apa lagi ditangisi perkara yang dah berlalu, Dania?

Entahlah! Dia sendiri tidak tahu! Namun apabila melihat seraut wajah yang sedang lena di sebelahnya ini, hatinya seperti diguris pilu. Walaupun dia telah redhakan hatinya dengan ketentuan Yang Maha Esa, namun… dia masih lemah! Lemah untuk diduga sekuat ini. Kerana dia tahu… dia cuma seorang perempuan yang lemah. Setiap kali memandang wajah itu juga, setiap kali itulah kenangan duka itu kembali ke fikirannya.

Tangisannya berlagu pilu. Sampai hati Amsyar… Sampai hati Amsyar buat dia macam ni? Macam sampah! Lepas dia dapat apa yang dia nak, dia campak aje aku kat sini. Lepas tu, dengan senang hatinya dia melafazkan talak. Sungguh, hatinya benar-benar terluka. Benar-benar tersiat dengan kekejaman lelaki itu!

“Berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang pada waktu ditimpa musibah, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah milik Allah, dan kepada-Nyalah kami akan kembali. Mereka itulah yang mendapat keberkatan dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang memperoleh petunjuk.” (Al-Baqarah: 156-157)

“Kau curang dengan aku Dania! Aku benci kau! Mulai saat ini… bersaksikan mama aku… aku ceraikan kau dengan talak satu! Mulai hari ini, aku haramkan kau pijak rumah ni! Berambus!!” Lantang suara itu bergema di dalam rumah agam itu.

“Abang jan…” Belum sempat dia bersuara, Amsyar telah melafazkannya. Dia terdiam sendiri. Terkebil-kebil anak matanya memandang lelaki di hadapannya itu. Sekejap sahaja dia sudah tersenyum hambar. Akhirnya…

“Abang betul-betul lafazkannya…” Ayat itu meniti tanpa sendu. Senyuman sinis menyapa seulas bibirnya. Anak matanya menatap lama seraut wajah itu. Untuk terakhir kalinya… “Abang betul-betul bencikan Dania, kan?”

Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak. Apa sebenarnya yang dah berlaku? Kenapa aku sampai sanggup cakap macam tu kepada Dania? Dia… isteri aku! Dia… perempuan bidadari syurga itu! Seraut wajah itu dipandangnya tanpa berkelip.

“Terima kasih, abang… Sebab lepaskan Dania daripada dunia keseksaan ciptaan abang ini. Halalkan segala makan minum Dania sepanjang Dania di sini. Maafkan semua kesalahan Dania.” Sepasang tangannya cuba mencapai tangan suaminya itu. Eh bukan… bekas suaminya. Kerana lafaz talak telah dilafazkan ke atasnya.

“Aku takkan pernah maafkan kau, Dania!”

Dania senyum lagi. Senyuman yang cukup memilukan setiap mata yang memandang. Sekejap sahaja dia sudah menghampiri bekas ibu mertuanya itu. “Mama… terima kasih. Sebab buat Dania sampai macam ni sekali. Terima kasih kerana melepaskan Dania daripada siksaan dunia kekejaman ini.” Tangan tua itu dicapainya dan dicium lembut.

“Eh, dahlah! Kau tak payah nak berlagak sangat! Perempuan bidadari syurga konon!” Dia menyentap kuat tangannya yang dipegang perempuan itu.

Kakinya dilangkahkan ke dalam bilik. Pakaiannya dimasukkan ke dalam beg besar itu. Dengan hati yang lega, dia melangkahkan kaki meninggalkan rumah agam itu. Akhirnya dia bebas. Akhirnya dia terlepas daripada dunia kekejaman ini.

“Nia? Kenapa ni? Nia nak pergi mana?” Tiba-tiba sahaja Arsyad muncul di hadapan pintu rumah. Seraut wajah Dania yang basah itu diperhatikannya lama. Beg besar itu dipandang dengan seribu kepelikan!

Dania menghulurkan senyuman kepada lelaki itu. “Dia dah lepaskan Dania. Dania dah bebas daripada dunia siksaan dia.” Dia berterus terang walaupun sangat payah untuk mengeluarkan suaranya.

Bulat anak matanya memandang abangnya yang masih berdiri membelakangi pintu rumah. “What?” Kakinya dilangkahkan

menghadap wajah Amsyar. “Kau dah gila ke Am? Kenapa kau buat macam ni pada perempuan sebaik Dania? Besar sangat ke salah dia pada kau?”

“Ya! Dia perempuan kotor! Dia perempuan hina! Kau pun! Aku benci kau! Kalau kau nak, kau pun boleh berambus daripada rumah ni! Pergi mampus dengan perempuan kotor ni!” Kakinya terus dilangkahkan untuk meninggalkan ruang tamu itu.

Terkebil-kebil Arsyad memandang abangnya itu. Sekejap sahaja anak matanya beralih pula kepada mamanya. Puan Salina buat tak nampak dan alihkan pandangan ke arah lain.

Sekejap sahaja Arsyad sudah tergelak kuat. Gelak yang tersangat sinis.

Gelakan itu mematikan langkah Amsyar.

“Kau ni buta sangat kan… Sayang betul! Allah anugerahkan mata untuk kau memandang dan melihat! Tapi kau tak nampak permata depan mata kan? Kesian sungguh aku tengok kau ni! Sanggup mempersiakan seorang isteri sebaik Dania.”

“Eh, kalau kau nak sangat perempuan kotor tu kau ambiklah! Aku dah ceraikan dia pun! Tapi kau kena ingat satu benda! Dia tu dah tak suci! Dia tu bekas aku! Faham!” Bergema lantang suara itu menghina bekas isterinya.

Buk! Satu tumbukan singgah pada wajah abangnya. Gila betul lelaki ni kan? Sampai macam tu sekali dia hina bekas isterinya? Padahal bekas isterinya itu adalah sebaik-baik manusia! Memang sesuai sangat dengan panggilan yang diberikan oleh Amsyar itu. Perempuan bidadari syurga! Ya, dia memang layak untuk menjadi bidadari syurga!

Dua tahun masa berlalu… Namun sedikit pun kenangan itu tidak pernah pudar daripada ingatannya. Setiap patah kata… setiap perbuatan Amsyar masih terasa di hati dan ditubuhnya. Juga mama… setiap pukulan mama… setiap hinaan mama… Tak pernah sedikitpun luput dimamah waktu! Semuanya masih segar seolah-olah baru semalam semuanya berlaku. Dan aku… tak akan pernah terdetik di dalam hati untuk melupakan semua itu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience