BAB 3

Romance Completed 4265

SELEPAS menunaikan solat Subuh dua rakaat dia mencapai surah Yaasin. Alunan ayat suci Al-Quran itu menceriakan subuhnya. Tenang sungguh hati ini bila dapat menyebut kalimah-kalimah suci Al-Quran.

Sabda Rasulullah s.a.w juga yang membawa maksud: “Barangsiapa membaca satu huruf daripada kitab Allah maka baginya

satu kebaikan. Dan satu kebaikan (digandakan) dengan sepuluh seumpamanya. Tidak aku katakan (Alif Lam Mim) itu satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf” (Riwayat al-Tirmidzi).

Dari Nawwas bin Sam’an r.a katanya, aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda “Dibawa di Hari Kiamat nanti Al-

Quran dan ahlinya, yang beramal dengannya di dunia. Mendahuluinya oleh Suratul Baqarah dan Ali Imran, kedua-duanya berhujah membela tuannya”. Hadis Riwayat Muslim (dengan riwayat yang sahih).

Sayup-sayup kedengaran suara seorang perempuan mengalunkan baacan Al-Quran. Ada debaran halus bermain di dalam dadanya. Meremang bulu roma tatkala mendengar ayat suci itu dialunkan dengan penuh syahdu.

Siapa? Takkanlah mama? Bukan ke mama tak pandai mengaji? Semakin berdebar jantungnya apabila suara itu kedengaran merdu sekali di hening subuh itu. Tanpa sedar kakinya dilangkahkan ke arah suara itu. Bilik Amsyar? Isteri Amsyar rupanya. Bibirnya menguntumkan senyuman. Untung Amsyar… dapat isteri pandai mengaji. Belum pernah sekali pun dia melihat wajah isteri Amsyar. Sewaktu majlis perkahwinan Amsyar dia sedang menduduki peperiksaan akhir pengajiannya di Sedney. pagi tadi pun dia sampai di rumah ini jam empat pagi. Malas nak kejutkan semua orang, kakinya terus dilangkahkan ke bilik.

Selepas selesai solat Subuh dan mengaji Al-Quran, Dania cepat-cepat melangkahkan kaki ke dapur. Ya Allah… janganlah mama marah-marah lagi. Hari ini dia terlewat turun ke bawah. Leka mengaji Al-Quran sehingga tidak sedar

jarum jam sudah melebihi enam pagi.

Anak matanya memandang sekilas ke arah suaminya yang masih terbongkang di atas katil. Lama matanya menatap seraut wajah yang masih enak dibuai mimpi itu. Bergenang kolam matanya untuk seketika waktu. Amsyar… bila awak nak sedar? Kenapa awak masih tak nak solat? Peristiwa dia dimarahi oleh Amsyar kerana mengejutkan suaminya itu untuk solat Subuh kembali terlayar di ruang matanya.

“Kau ni tak reti bahasa kan? Berapa kali aku nak cakap pada kau? Kalau kau nak solat, kau solatlah! Tak payah nak menyebok kejutkan aku pagi-pagi buta! Kita mati kubur lain-lain, okey! Itu masalah aku dengan Allah. Jadi kau tak payah nak menyebok! Perempuan Bidadari Syurga konon! Kau ingat dengan solat, pakai tudung macam ni kau boleh masuk Syurgalah? Takdenya kau nak berbau Syurga kalau tak dapat restu suami!”

Menitis air matanya ke pipi bila teringatkan peristiwa itu. Sekurang-kurangnya saya tak langgar perintah Allah, Amsyar. Namun, dia tak pernah serik! Sebagai hamba Allah, dia sedaya upaya akan cuba membantu suaminya ke jalan yang benar.

“Abang… bangun solat Subuh.” Perlahan tangannya menyentuh lembut bahu suaminya. Seribu doa dan harapan semoga suaminya itu akan bangun untuk solat Subuh.

Amsyar memekakkan telinganya. Bantal di sisinya dicapai dan dilekapkan ke telinganya.

Dania tersenyum perlahan. “Saya tahu awak dengar… Saya harap awak akan bangun untuk solat Subuh. Saya keluar dulu.”

Amsyar merengus kuat. Minah ni kan… tak pernah nak serik! Konon macam Perempuan Bidadari Syurga! Ee… sakit betul hati aku! Dia mencebik sambil merebahkan semula tubuhnya. Bantal peluk sudah kemas di dalam pelukannya. Akhirnya dia menyambung tidur semula. Si syaitan sudah tergelak besar. Sekali lagi seorang anak Adam yang sama

berjaya dipengaruhinya.

Langkah kaki diaturkan ke luar bilik. Bibirnya cuba mengukirkan senyuman walaupun terasa pahit. Sesungguhnya sabar itu adalah suatu kenikmatan.

Perkahwinan yang tercipta itu adalah kerana rasa terhutang budi. Dato’ Aizril merupakan rakan kongsi abah. Kerana

ingin membalas budi abah yang pernah membantu membangunkan semula syarikat miliknya, Dato Aizril mencadangkan perkahwinan ini. Selain itu, abah pernah juga cakap yang Dato’ Aizril memang berkenan sangat dengan Dania.

Dania pula bukannya jenis memilih. Itu kata abahnya, itulah kata dia. Bila abah memberitahunya tentang risikan Dato’ Aizril, dia terus bersetuju walaupun tidak mengenali lelaki yang bernama Amsyar itu.

Dua hari selepas perkahwinan di antara dia dan Amsyar, umi dan abah meninggal dalam satu kemalangan. Sebaik sahaja selesai pengebumian umi dan abah, sikap ibu mertua dan suaminya berubah seratus peratus. Ketika itulah dia sedar yang perkahwinan yang tercipta itu tidak mendapat restu ibu mertuanya. Dan suaminya pula bersetuju kerana harta semata-mata.

Abah awal-awal lagi sudah mewasiatkan harta kepada Dania. Selagi umurnya tidak mencapai 30 tahun, selagi itulah harta itu tidak boleh dipindah milik. Jika tidak semua harta itu akan diserahkan seratus peratus kepada badan-badan pertubuhan anak yatim. Disebabkan hal itu jugalah Amsyar masih belum menceraikan dia sehingga ke hari ini.

Kalau diikutkan hatinya, Dania nak aje pindah milik semua harta itu kepada anak-anak yatim. Tapi… bagaimana pula dengan dia? Merempat? Kerana memikirkan itu, Dania cuba bertahan sehingga hari ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience