BAB 15

Romance Completed 4265

PANDANGANNYA dihalakan ke arah lautan yang meluas itu. Agungnya ciptaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Berkuasa.

Begitu cepat masa berlalu. Sudah lebih setahun arwah Amsyar kembali ke rahmatullah. Dan sudah hampir setahun juga dia mendirikan rumah tangga. Rumah tangga yang disinari dengan cahaya kebahagiaan. Yang disinari dengan cahaya keimanan. Terima kasih, Ya Allah… untuk segala kenikmatan yang telah Engkau kurniakan.

Kata orang, di sebalik kesempitan itu akan terbentang satu keindahan. Di sebalik kesusahan itu ada hikmah yang

menanti. Dan inilah hikmahnya… Inilah keindahannya…

“Dua tahun saya berusaha cari awak, Dania.”

“Kenapa awak perlu berusaha susah payah untuk cari saya? Saya ni cuma seorang yang tak penting langsung dalam

hidup awak. Hanya seorang yang menyusahkan!”

“Awak silap Dania. Awak adalah orang yang paling penting dalam hidup saya.”

“Penting? Saya tak rasa macam tu!”

“Saya cintakan awak, Dania…”

Dania terdiam sendiri. Kelu lidahnya dengan kata-kata lelaki itu. Benarkah? Betulkah? Dia menyoal diri sendiri.

“Saya dah jatuh cinta pada awak, Dania. Saya dah jatuh cinta pada awak sejak saya ternampak wajah polos awak

sewaktu awak tertidur kat tepi peti ais hari tu. Sebab tak sampai hati, saya angkat awak ke katil awak.”

“Sebab tu juga saya kena marah teruk dengan lelaki tu.”

“Ya, saya tahu… Sebab tu juga awak kena halau tidur kat luar, kan?”

Dania mengerutkan dahi. Macam mana dia boleh tahu pulak? Dia dengar ke?

“Macam mana saya boleh tahu?” Dia menyoal apabila melihat raut wajah berkerut itu. Pasti persoalan itu yang ada di

dalam mindanya. “Abang Amsyar ceritakan pada saya. Bukan sewaktu dua tahun yang lepas. Tetapi selepas dia

kemalangan.”

Kemalangan? Amsyar kemalangan? “Macam mana keadaan dia?”

“Sebab tu saya cari awak, Dania. Abang Amsyar hutang kemaafan dengan awak. Sekarang dia terlantar di hospital

bertarung nyawa. Dan… hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita.”

Menitis air mata Dania mendengar berita itu. Amsyar… Asyraf belum dapat kenal papanya lagi. Tapi… awak dah nak

pergi tinggalkan dia. Saya minta maaf Amsyar… Sebab rahsiakan tentang kelahiran Asyraf Damsyar.

“Dania… saya harap sangat awak dapat datang jumpa dia. Sekurang-kurangnya awak maafkan dia. Mungkin dia boleh

pergi dengan hati yang tenang?”

“Tapi… mama macam mana? Mama akan marahkan saya macam dulu! Saya dah tak sanggup Arsyad! Saya dah tak sanggup

dihina… dimaki macam dulu! Apatah lagi depan anak saya! Saya tak nak anak saya merasai apa yang saya rasa.

Cukuplah hanya saya seorang yang merasakannya!”

Arsyad melepaskan keluhan berat. Bibirnya menguntumkan senyuman hambar. “Mama dah meninggal, Dania.”

Bulat matanya memandang seraut wajah itu. Antara percaya atau tidak… dia masih ragu-ragu dengan kenyataan itu.

“Ya, Dania. Beberapa bulan selepas awak pergi tinggalkan rumah tu, mama jatuh tangga. Lepas tu mama kena stork.

Separuh daripada badannya lumpuh. Dua bulan selepas tu mama meninggal. Genap setahun mama meninggal, Amsyar pula

yang kemalangan. Dan saya rasa… Amsyar mahukan kemaafan awak, Dania.”

“Tapi saya tak rasa macam tu. Dia bencikan saya sangat-sangat. Sampai dia sanggup tuduh saya curang dengan awak, Arsyad.”

“Ya, saya tahu… Tapi sebenarnya mama yang reka cerita tu. Mama cakap dia nampak awak masuk dalam bilik saya dan

buat benda tak elok dengan saya.”

“Ya… sebab tu Amsyar marahkan saya sungguh-sungguh. Sampai sanggup menyakiti tubuh saya. Saya langsung tak sempat

nak jelaskan semuanya. Tiba-tiba tuduhan demi tuduhan menimpa saya. Saya sedih sangat bila dia hina saya. Sampai

ke hari ni… luka dan parut itu masih terkesan dalam diri saya.”

“Dia dah betul-betul menyesal dengan apa yang pernah dia lakukan pada awak.”

Terungkap sebuah kebenaran. Ya, aku difitnah! Dan orang yang menaburi fitnah itu adalah mama, ibu mertuaku… Ibu

kepada suamiku…

“Maafkan… memaafkan seseorang itu adalah sesuatu yang paling indah, Dania. Keindahan yang akan kita bawa seumur

hidup kita. Di dunia… dan juga akhirat kelak.”

Hmm… kemaafan adalah suatu anugerah yang terindah. Dua tahun… aku memendam segala kemaafan. Aku memendam segala kebencian dan kemarahan. Aku memendam sebuah dendam yang mendalam.

Dan diakhirnya… segala dendam itu sudah terlerai. Segala kemaafan itu sudah diluahkan. Segala kebencian dan kemarah itu sudah dihapuskan. Ya… kemaafan adalah dendam yang paling indah.

Di dalam lautan yang terbentang luas itu, dia melihat senyuman suaminya. Terima kasih segalanya, suamiku… Kerana menerima dengan seadanya. Kerana memberi dengan seikhlasnya. Kerana menyayangi isteri dan anakmu dengan sepenuh hati… Hanya dia… Arsyad bin Aizril.

Senyuman terukir indah di bibirnya. Melihat isterinya yang sedang termenung itu, ada sahaja ideanya untuk mengusik. Perlahan derap langkahnya diatur mendekati isterinya. Oh, ralit betul duk pandang laut tu kan? Entah apa yang ada dalam laut tu?

“Sayang… buat apa?” Pinggang isterinya diraih dari belakang.

Pantas Dania menoleh ke belakangnya. “Abang!! Terkejut Nia!”

Dia sudah tergelak besar. “Itulah… termenung sangat! Hmm… kat laut tu ada gambar muka abang ke? Abang tengok

Sayang macam syok gila pandang laut tu!”

Dania tergelak besar. Ya, abang… Ada gambar abang yang sedang senyum dengan seikhlasnya… “Eee… perasannya mamat ni?”

“Jom duduk situ?” Dia mengajak isterinya duduk di atas sebuah bangku yang menghadap laut. Indah sungguh

permandangan ciptaan Allah Yang Maha Berkuasa ini! Sangat mendamaikan! Sangat menenangkan!

“Abang nak cakap apa?” Dia bersuara sebelum suaminya memulakan baris ayatnya. Seraut wajah itu menggambarkan bahawa suaminya itu seperti ingin meluahkan sesuatu kepadanya. Dania emnghulurkan senyuman.

Dia tergelak kecil. “Ai… macam tahu aje?”

Dania mencebik sambil menjungkitkan kedua belah bahunya. Main agak aje sebenarnya. Padangan kembali dihalakan ke

arah lautan yang membiru itu.

“Masa arwah abang cakap yang dia dah ceraikan Sayang tu, abang rasa menyesal sangat Sayang.” Dia meluahkan

kekesalannya. Ya, dia sangat menyesal dengan apa yang dah berlaku kepada isterinya itu.

Dania mengerutkan dahi sambil memandang suaminya. Dia yang menyesal? “Kenapa pulak abang yang menyesal?”

Lelaki itu menganggukkan kepalanya perlahan. “Sebab abang rasa rugi sangat… Sangat-sangat rugi bila melepaskan seorang perempuan bidadari syurga seperti sayang.”

Dania tergelak perlahan. Dah lama dia tak dengan panggilan macam tu. Dulu… hanya arwah Amsyar yang memanggilnya

dengan panggilan itu. “Kenapa abang masih nak panggil Nia dengan panggilan tu?”

“Sebab abang rasa… Sayang memang layak untuk mendapat gelaran tu. Sebab Sayang adalah sebaik-baik perempuan yang

pernah abang temui. Sayang tahu..?” Soalnya sambil memandang isterinya.

“Tahu apa?”

Senyuman dihulurkannya. “Sayang ingat tak hari pertama abang balik dari Sedney tu?”

Dania menganggukkan kepala. “Hmm… kenapa dengan hari tu?”

“Abang sampai rumah mama dalam pukul empat pagi. Lepas tu abang rasa lapar sangat. Abang turun dapur, makan. Dah

sudah makan tu abang panjat tangga nak balik ke bilik Di anak tangga terakhir abang dengar suara seorang perempuan

mengalunkan bacaan suci Al-Quran. Mula-mula abang pelik sangat!”

Berkerut dahinya memandang suaminya. Tak pelik pun? Ucapnya di dalam hati. “Apa yang pelik?”

“Setahu abang… kat rumah tu tak ada orang perempuan lain selain mama. Dan mama tak pandai baca Al-Quran. Bila

abang dengar betul-betul, suara Sayang merdu sangat sampai terkesan dalam lubuk hati yang paling dalam. Bacaan yang sangat lancar. Abang cari dari arah mana suara itu. Bila abang pandang bilik Abang Amsyar, masa tu barulah abang ingat yang Abang Amsyar dah kahwin. Rupa-rupanya isteri Abang Amsyar yang baca Al-Quran di subuh hari.” Bila tersenyum lagi bila mengingatkan tentang peristiwa itu.

“Masa tu… hati abang tenang sangat. Sekurang-kurangnya ada penghuni dalam rumah tu yang menyerikan lagi rumah itu

dengan alunan bacaan Al-Quran yang dah lama menyepi. Itulah Sayang!”

Dania mengangguk perlahan. “Abang tahu tak?”

“Tak.” Pantas dia menjawab.

Dania mengetap bibir geram! Orang tak habis cakap lagi! Cepat aje dia menyampuk! “Yelah… Nia nak ceritalah ni!”

Arsyad tergelak perlahan. Seronok sangat dapat mengusik isterinya ini. “Okey, sambung balik cerita tu!”

“Masa tu… Mama marah Nia.”

Kali ini giliran dia yang menganggukkan kepalanya. “Abang tahu… ”

Berkerut dahi Dania memandang suaminya. “Macam mana abang tahu?”

“Papa yang cerita.”

“Jadi… papa tahu yang Nia selalu kena marah?”

Kepalanya diangguk lagi. “Hmm… Mak Som yang bagitahu papa.”

Mak Som? Tapi… Mak Som tak ada pulak cakap apa-apa bila mama marah-marah aku? Bila mama pukul-pukul aku? Mak Som

tu pendiam sangat orangnya. Rupa-rupanya… Mak Som tu baik orangnya! “Tapi… kenapa papa tak…”

Arsyad memandang seraut wajah isterinya. “Papa tak boleh nak kata apa-apa Sayang. Sebab papa sendiri pun menumpang

kat rumah mama. Kan mama selalu mengungkit pasal perkara tu.”

“Hmm… kesian papa. Tapi… tak apalah. Papa dah ada Mak Som. Dan papa juga dah rasai kebahagiaan macam Nia rasa.” Bibirnya menguntumkan senyuman.

Tak sangka kan? Papa dan Mak Som berkahwin sebulan selepas perkahwinan Dania dan Arsyad. Jarak beza umur papa dan mak Som yang hanya tiga tahun itu langsung tidak membuatkan papa rasa rendah diri. Dan Mak Som pula… sangat-sangat menghormati papa sebagai suaminya walaupun umurnya lebih tua tiga tahun daripada papa. Semoga bahagia milik mereka selamanya…

Arsyad mengangguk perlahan. Alhamdulillah… papa dan bahagia dengan mak Som. “Sayang tahu tak?”

“Tak tahu!” Dania pantas menjawab. Sengaja dia ingin mengenakan suaminya itu. Padan muka!

“Yelah! Kan abang belum cerita lagi!”

Dania tergelak kecil. Hah, tadi buat kat orang macam tu! Rasakan balik! “Okey, sambung cerita.”

“Masa abang terjumpa Sayang dekat dapur tu kan… Jantung abang tak nak berhenti berdegup. Rasa macam nak putus

nafas aje bila seorang perempuan cantik macam bidadari muncul depan mata.”

Dania mengangguk perlahan. “Terima kasih, abang… Sebab sudi menerima Nia sebagai isteri abang seadanya. Sebab sudi menelan baik buruk Nia seadanya. Dan sudi menerima Asyraf Damsyar sebagai anak.”

“Hmm… thanks to you too, Sayang. Sebab sudi terima abang sebagai suami Sayang yang sah. Abang sayangkan Asyraf Damsyar sama macam abang sayang Dania. Jangan risau. I love you so much.”

“I love you too.”

Pantas sahaja dia menarik isterinya ke dalam pelukan apabila isterinya mengucapkan sebaris ayat itu. Nia… Nia… Bukan senang nak dengar dia cakap I love you, tau! Pipi mulus itu diciumnya penuh syahdu. “Sayang… dan abang… Akan sentiasa bersama untuk selamanya. Tak akan ada seorang pun yang boleh memisahkan kita berdua! Kecuali Allah s.w.t.

Abang akan mencintai Sayang seumur hidup abang. Dan abang doakan kita akan bertemu dan bercinta semula di akhirat kelak.”

Menitis air mata Dania mendengar ucapan ikhlas suaminya itu. Ya… dia tahu Arsyad ikhlas. Sepasang mata suaminya itu jelas menggambarkan keikhlasannya. “Nia pun… Nia akan mendoakan perkara yang sama.” Dipeluk erat sekujur tubuh itu. Semoga bahagia milik kita selamanya.

“Dahlah… jangan nangis lagi. Jom solat sama-sama.”

Dania mengangguk perlahan. Sesungguhnya dia sangat-sangat bersyukur kepada Allah Yang Satu kerana mengurniakan dia

seorang lelaki yang mampu membimbing kehidupannya di dunia dan akhirat. Arsyad… dia tak pernah mempersendakan

ibadat yang dilakukan sepertimana Amsyar. Dia… adalah Imam aku. Dan dia… adalah pembimbing aku. Hanya dia… Arsyad bin Aizril.

“Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh.” [Al-Naml (27) : 19]

“Wahai Tuhan ku, aku tak layak untuk kesyurgamu. Namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu. Kamilah hamba yang mengharap belas kasihan darimu. Ya Allah jadikanlah kami hamba-hamba Mu yang bertaqwa. Ampunkan dosa-dosa kami… dosa kedua ibubapa kami, dosa sekalian muslimin dan muslimat yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.”

Amin Ya Rabbalalamin…

Selepas mengaminkan doa, Arsyad menarik lembut tangan isterinya. Dania mencium tangan suaminya penuh syahdu. Terima kasih Ya Allah… kerana mengurniakan aku seorang perempuan bidadari syurga. Penyejuk di mata, penawar di hati. Di dunia, dialah penyeri… Di syurga menanti, dialah bidadariku… Hanya Zulaikha Nur Dania binti Muhammad!

Dunia ciptaan Yang Maha Berkuasa ini sangat indah. Diciptanya kesusahan sebelum kesenangan. Diciptanya kekecewaan sebelum kegembiraaan. Diciptakan penderitaan sebelum kebahagiaan. Setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmah yang tersembunyi. Cuma yang membezakannya hanya cepat atau lambat. Dan setiap hambaNya yang bersabar itu, pasti ada hikmah yang hebat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience