BAB 10

Romance Completed 4265

ANAK matanya mencerlung memandang seraut wajah tanpa riak itu. “Kau ada buat apa-apa yang tak elok ke dengan Arsyad tu? Kau ni kan… memang tak tahu diuntung langsung! Sanggup kau buat maksiat di belakang suami kau?”

Hah? Maksiat? Siapa? Aku ke? Tapi aku tak… “Tak abang! Sumpah, Nia tak buat!”

“Iya, Am! Mama nampak dia masuk bilik Arsyad semalam. Bukan sekejap, lama! Lepas tu mama dengar suara bukan-bukan. Macam tengah ‘ehem-ehem’ aje!” Anak matanya menjeling tajam ke arah Dania yang membuat muka tidak bersalah itu.

Berkerut dahinya memandang ibu mertuanya itu. Kenapa mama sanggup fitnah dia sampai macam tu sekali? Dengan Arsyad pulak tu! Anak kandungnya sendiri! “Mama… Nia tak buat pun.” Dia cuba menafikan. Dia cuba membela dirinya.

Amsyar memandang tajam seraut wajah isterinya itu. Boleh lagi dia menafikannya? Ini ke Perempuan Bidadari Syurga

yang selalu aku sebut-sebut tu? “Habis tu? Kenapa kau boleh masuk dalam bilik Arsyad? Kau buat apa Dania?” Lantang

suaranya memenuhi ruang rumah agam itu.

Terasa jantungnya seperti ingin keluar daripada badan kerana terkejut dengan suara lantang itu. “Masa Nia masuk… Nia tak tahu pun Arsyad ada kat bilik. Nia cuma nak…” Belum sempat dia menerangkan duduk perkara sebenar, ibu mertuanya sudah menyampuk.

“Am… jangan percayakan Nia. Pintu bilik tertutup rapat. Mama ketuk pintu bilik tu. Bila pintu terbuka, mama nampak Arsyad pakai tuala aje. Dania ada atas katil dia! Tak pakai tudung pulak tu! So, memang patut mama curiga, kan?” Dia menokok tambah cerita. Padan muka kau Dania! Aku harap Amsyar akan ceraikan kau hari ni jugak!

Hah? Atas katil? Tak pakai tudung? Bila masa pulak aku duduk atas katil Arsyad? Dan Arsyad… Ya, dia memang baru sudah mandi masa tu. Tapi… bukan hanya memakai sehelai tuala. Dan siap berpakaian pun masa tu!

Pang! Satu tamparan mengenai pipinya. Terpelanting Dania ke tepi meja. Mujur sahaja dia sempat memegang meja itu. Kalau tidak, pastinya kepalanya yang akan jadi mangsa. “Abang… Nia…” Dia masih ingin bersuara walaupun kepalanya

pening sangat! Pedih sungguh pipinya ditambar sebegitu rupa.

“Aku akan ceraikan kau, Dania! Aku akan ceraikan kau! Tapi sebelum tu… aku nak bagitahu sesuatu pada kau! Perempuan jalang macam kau ni tak akan pernah dapat title perempuan bidadari syurga! Faham! Meh sini kau!” Pergelangan tangan Dania ditarik mengikuti langkahnya ke bilik.

“Abang… abang nak buat apa ni?” Terkedu dirinya apabila Amsyar mengucapkan kata-kata seperti itu.

Puan Salina sudah melemparkan senyuman kemenangan. Akhirnya… Akhirnya Amsyar akan menceraikan Dania! Ya, memang itu yang ditunggunya sejak dulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience