#4 Patut Ke Tidak Patut Saya.. (Bahagian 4

Humor Completed 6357

#4
Patut ke tidak patut saya membawa kekasih sewaktu reunion bersama kawan sekolah (Bahagian 4)

3rd : Yourself. Situasi Mula.

Situasi sama.

Nak reunion.

Tetiba balak/awek ajak dating.

Then, why not gabungkan?

Praise diri sendiri kerana rasa diri tu genius.

Hari itu tiba.

Tiba-tiba rasa dalam dilema.

Dua-dua penting.

Yang bf/gf korang ni mana kenal siapa-siapa pun member korang. Korang akan rasa member korang ni mengasingkan dia walaupun hakikatnya benda tu tidak macam tu. Korang tahu. Tapi hati dah buta kerana cinta, member korang dipersalahkan. Hati korang kata, "Ish, apsal diorang asingkan bf/gf aku? Takpe-takpe, let me layan dia elokelok". Korang sering berbual dengan bf/gf korang sambil kata/tanya ok tak? Nak tu tak?

Nak ni tak?

Bila bf dan gf berbual. Kamu semua ingat ianya akan menjadi perbualan biasa?

Tadi berbual sekarang start manja-manja.

Tadi manja-manja sekarang dah start suap-suap.

Tadi suap-suap sekarang dah malas nak cakap.

Tamn!

Ada seorang tepuk meja. Terkejut.

"Bangsat apa? Ni reunion member ke tontonan teater cinta? Nak manja lebbiu2, pergilah dating babi!"

Situasi tamat.

Penerangan:

Aku jamin, akan timbul satu perasaan serba salah tiba-tiba. Nak layankan lebihlebih si member-member rapat, karang takut bf/gf terasing dan mula terasa hati. Kalau nak layan gf/bf lebih-lebih karang takut pulak member hangin dan tepuk meja lantas terasa hati.

So, dari timbul semua benda awkward ni, better fikir balik untuk reunion dan berdating serentak. Memang betul, korang mungkin takde masa lain. Mungkin. Mana tahu. Sanggup ke mengorbankan rakan-rakan dan sahabat baik hanya kerana ketamakkan korang untuk memiliki kedua-duanya dalam satu masa? Sanggup ke?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience