#8 3 Jenis JANGAN Yang... (Bahagian 3)

Humor Completed 6357

#8
3 jenis JANGAN yang jangan dibuat pada boyfiend anda (Bahagian 3)

2. Jangan terlalu berkira tatkala bersama.

Baiklah. Anda bukanlah jenis orang yang ada banyak duit dalam poket. Bukannya bila tekak rasa lapar nak makan KFC, maka anda hanya perlu call dan dalam tempoh kurang dari 24 jam, lapan buah restorant KFC berstatus 5 bintang terbina depan rumah khas untuk menjamu anda. Bukanya jenis orang yang handphone Blackberry Z10 baru keluar, anda dah pun memiliki Z15 sambil berkata "Eh, apa barang Blackberry, allergic. I hanya menggunakan produk Apple sahaja okayh! Hatta, baju dalam I pun Apple tau. Eh, jenama dia la Apple! Selamba badak je kata saiz dia yang serupa Apple". Bukan dan bukan.

Tapi, tak bermakna anda boleh senantiasa mengungkit pada kekasih anda tentang i don’t know, EVERYTHING.

Secara normanya, memang betul. Lelaki yang harus keluarkan perbelanjaan. Tapi, tidak salah rasanya bertimbang rasa.

Gunakan sistem gilir untuk lebih mudah. Contoh, pakwe korang dah keluar duit wayang, korang keluar duit pop corn. Pakwe korang dah belanja makan, korang keluar duit minyak. Kan nampak molek,cantik dan cool jika begitu? Takde ruginya keluar duit sikit. Ni tidak. Makan duit pakwe. Wayang duit pakwe. Main bowling duit pakwe. Nak yak yak pun pau pakwe 30 posen. Perangai apa la anak dara ni.

Kecuali masa anda tulis biodata, bahagian cita-cita tu korang tulis Pisau Cukur.

Yang tu boleh ampun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience