#2 Patut Ke Tidak Patut Saya.. (Bahagian 2)

Humor Completed 6357

#2
Patut ke tidak patut saya membawa kekasih sewaktu reunion bersama kawan sekolah (Bahagian 2)

1st : Our clan perspective.

Our clan bermaksud kawan - kawan kita.

Situasi mula.

Well one day lepas dah dekat setahun tak hangout, tak membuang masa dan tenaga ketawakan rakan-rakan kelas yang jadi badut dalam kelas, so that time has finally arrived.

Korang dah ready nak gelak dalam Very Easy Mode. Gelak hikhikhik tak main dah. Risau apa orang kata bila gelak serupa puaka? Kamon la. Lepak dengan member kelas yang dulu kalau dekat setakat gelak nganga mulut sampai nampak anak tekak tu takde hal la! Segan apa ke benda? Dah rapat.

Korang siap-siap. Pakai pakaian paling hensem/cun/comel dan yang korang fikirkan awesome nak mati. Bukan apa. 1st impression tu penting. Walaupun membermember, nak jugak orang puji diri tu hensem. Nak jugak senyum sampai ke telinga bila orang kata diri dah kurus sikit. Nak le. Nak le.

Segala skrip cerita semua dah standby. Nak bukak cerita macam mana Ajid tackle awek dekat kantin sekolah lepas tu kena simbah sirap. Nak bukak cerita macam mana Ajid takut nak pergi tandas endup terdapat cecair coklat yang dengan sopan santun meleleh dari hujung seluar. Nak bukak cerita macam mana Ajid cover kata tadi mak dia bekal Rendang Ayam. Tu kesan leleh dia sebab tertumpah. Nak bukak cerita macam mana Ajid kata bau busuk tu sebab minyak wangi dia react dengan peluh. Tu bau bacin sikit. Katanya bacin. Bagi kami, itu bukan bacin. Tu bau najis. Nak bukak cerita macam mana tetiba waktu rehat mak Ajid hantarkan bekal makanan yang dia tertinggal dekat rumah. Bekal makanan dia Nasi Lemak. Bukan Rendang. Bukan.

Baru je nak bukak cerita-cerita lawak, sekali Ajid sampai. Dia bawak awek dia.

Nak cerita?

Tak baik. Malu Ajid.

Nak cerita lain?

Macam nak cerita Adnan Sempit 2.

Nak cerita pun malas sebab tak lawak.

Yang si Ajid ni pulak satu hal. Reunion ke hape?

Berkepit dengan awek dia je.

Amboi manjalaranya kau suap-suap dekat awek kau.

Satu benda ke satu benda korang berborak, Ajid macam tak ambik port pulak.

Sibuk zina kecil dengan awek sendiri. Kawan-kawan jeling. Kau rasa nak ganas sikit.

Ketuk meja, jerit.

"Bangsat apa? Ni reunion member ke tontonan teater cinta? Nak manja lebbiu2, pergilah dating babi!"

Situasi tamat.

Penerangan:

Orait mungkin tak semua rasa apa yang orang tu rasa, but cuba anggap macam ni. Ini adalah reunion rakan-rakan. Kita dah lama tak jumpa coz mungkin masingmasing busy dengan hidup masing-masing. Tiba-tiba, dapat pulak satu peluang keemasan macam ni, jadi pulak macam tu. Korang tak rasa macam "ahh sial la" ke?

Betul ada certain people yang tak kisah pun benda ni. Rasa macam "ok la, bawak je la. Takde luak pun". But believe me, tak semua macam tu. Ada yang memang take this reunion shit seriously.

So, untuk kesejahteraan kita bersama, better jangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience