#1 Patut Ke Tidak Patut Saya.. (Bahagian 1)

Humor Completed 6357

#1
Patut atau tidak patut saya membawa kekasih saya sewaktu reunion bersama kawan sekolah? (Bahagian 1)

Bila dah mula cuti panjang, perasaan nak jumpa balik kawan-kawan mesti ada dan akan wujud bukan? Mesti ada rasa nak buat satu reunion yang power. Tiba-tiba rasa rindu nak tampar muka member macam selalu. Tetiba rasa rindu nak paw member macam selalu. Tetiba rasa rindu nak berlucah berbual dengan member macam selalu. Maka, bila rindu dah berada tahap mahu jumpa, tarikh yang sesuai pun dipilih bagi melunaskan hajat masing-masing.

Tapi, oh my god!

Lepas dah declare tarikh dengan member-member reunion, tiba-tiba korang punya bf/gf pulak ajak dating. Rindu nak ringan2 tengok muka katanya. Korang pun memang kebetulan pulak tengah gersang rindu nak mati dengan dia. So, korang pun setup tarikh. Biasalah, bila cakap dalam telephone malam-malam ni, mata pun stim je. Mana nak ingat benda-benda lain dah. Time ni, kalau kawan sepak kepala pun rasa macam member pasang ogawa dekat tengkuk. Nyaman dehh.

Korang hanya sedar keeseokan harinya yang tarikh senggama dating korang tu sama dengan tarikh reunion member korang. What to do, what to do.

Dan, korang tetiba rasa otak korang sangat brilliant. Why not digabungkan waktu dating dengan waktu Reunion? Sekurang-kurangnya korang tak pening kepala dan korang boleh melakukan dua kerja dalam satu masa betul tak? Korang menepuk-nepuk kepala korang tanda bangga dengan kebijaksanaan sendiri. It is a good idea?

Jangan.

Nehi.

Don't.

Inte.

Nicht.

Nasihat aku, please don't. For a simple reason, aku pasti korang taknak hadap awkward moment. Believe me, awkward moment itu sucks. Membencikan dan menyampahkan tahu.

Bagi saya En.Mikael, takkan wujud awkward moment la coz saya kan manusia romantik. Saya pasti saya dapat bahagikan masa. Plus, kawan-kawan rasanya takkan kisah pun saya usung awek saya. Apadehal? Saya tak nampak satu pun "moment of awkward" disitu. Maka, maaf saya tak dapat berikan penalti untuk pasukan awak. Eh, salah. Saya akan still bawak awek saya coz saya pencinta wanita.

Aku dah agak korang ni pasti degil lagi mendegilkan. Never mind. Kalau nak bawak tu bawaklah. Tapi lets me explain more further mengapa aku rasa korang tak sepatutnya meneruskan perancangan korang tu. Jangan nak pecinta wanita sangatlah kan.

Let's put this in three different perspective shall we?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience