#9 3 Jenis JANGAN Yang... (Bahagian 4)

Humor Completed 6357

#9
3 jenis JANGAN yang jangan dibuat pada boyfriend anda (Bahagian 4)

3. Jangan Mengungkit.

Ah, tak suka la nak flashback flashback ni. Pakwe-pakwe lama semua macam stokin perangai dia. Menyampah nak cerita.

Ah, takde maknanya nak berkira. Bapak lemah gila saya sebagai seorang gadis mengharapkan semuanya pada ehsan seorang lelaki. I mean, perempuan pun kuat jugak okayh.

Ok, dah bagus dah tu. Tapi anda ni tahap mengungkitnya, masya Allah. Kalau

kucing tu boleh bercakap, dah mencarut sambil meludah dah dekat muka anda.

Mengungkit ni ada dua jenis pergi dia. Mengungkit kebaikkan yang diri sendiri pernah buat. Dengan mengungkit kesalahan ataupun kesilapan yang pernah

dilakukan oleh kekasih. Tak kisah mana satu pun, dua-dua tu pedih dia bila kena, kalau dia hanya mencarut panjang dalam hati tu kira habis penyabor la pakwe tu.

Eloklah dijadikan calon menantu mak anda.

Oh,

Tahukah anda, dengan hanya mengungkit kebaikkan yang pernah anda lakukan sahaja sudah mampu mengundang penumbuk dari pakwe yang jenis panas baran? Tahukah?

Tak macam saya. Saya ni penyabar. Kalau saya ada kekasih kaki ungkit, saya akan senyum, usap kepala dia perlahan-lahan sambil berkata, “Mesti mak awak selalu ungkit yang dia mengandungkan awak 9 bulan setiap kali bila awak degil kan?”

Ehh, penyabar la tu kan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience