#7 3 Jenis JANGAN Yang... (Bahagian 2)

Humor Completed 6357

#7
3 jenis JANGAN yang jangan dibuat pada boyfriend anda (Bahagian 2)

1. Jangan cerita semula kisah cinta lama anda.

Satu benda yang paling boleh mendatangkan bulu* kepada kekasih hati anda adalah menceritakan balik kisah-kisah romantis anda bersama bekas kekasih anda nan lalu.

Ok la. Mungkin betul. Bekas pakwe kau yang sebelum ni adalah pakwe terbaik yang korang pernah hadapi. Yang paling kaya pun dia. Yang paling awesome pun dia. Yang paling handal diranjang main bola keranjang pun dia. I mean, he so perfect even the word perfect sound so wrong to describe him. Macam tu padu perfect dia.

But, your story with him dah lama habis. Sekarang ni, kekasih terkini anda mungkin tak sehebat dia. Mungkin tak seawesome dia. Tapi kena faham, dia kekasih anda. Yang terkini nak melayan kerenah anda yang lain macam tu. Minta nasi lemak kukus ayam berempah pukul 3 pagi misalnya. Tu lain macam la tu.

Plus, masa kau putus dengan kekasih terbaik kau tu, kenapa putus?

Kalau sebab korang yang minta, cuba imbas balik sebab apa korang putus. Well, that kind of boyfriend sound so good, nampak macam tak logik pulak korang saja-saja nak tinggalkan begitu sahaja kan?

Kalau mereka yang minta putus, orang melayu sering berkata Pinggan tak retak, nasi tak dingin, orang taknak, yang kau dah kenapa menggeletek teringin.

Eee, tak malunya. Orang dah taknak, sibuk lagi kata teringin teringin. Eeee.

Kesimpulannya, yang lepas biarkan lepas. Yang depan mata ni, jaga elok-elok. Tak payah nak buat flashback flashback bagai. Takdenya pakwe kau tepuk tangan dengan gaya kagum sambil berkata ;

“Wah, bagusnya dia. Saya beriktizam saya akan menjadi seperti dia. Kini, dia idola saya!”


Takde maknanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience