BAB 7

Other Completed 2178

Kalau tak kenangkan susah payah memohon maktab dulu,siang-siang lagi aku angkat bendera putih. Namun,aku akan terus menahan gelora,biarlah aku terbakar,biar aku terluka,untuk aku berundur,sama sekali tidak akan ku lakukan. Biarlah cita-citaku menjadi guru akan pergi bersama jasad yang kaku ku kelak.

“Cikgu……”

Pandanganku aku halakan pada sesusuk tubuh montel di tepi pintu. Wajahnya pucat lesi.

“Hah….apa lagi?”. Boleh tak biarkan cikgu tarik nafas sekejap!!!!”

Fobia aku jadinya bila anak murid sendiri memanggil perkataan “cikgu”berulang kali. Terasa darahku tidak mengalir lagi.

“Cikgu…….”

“Apa lagi!!!!!!!!!. Cakap je le”

“Bau tahilah cikgu”

Jika ada sepasang kepak,nak sangat aku terbang jauh dari tahun 1 Zamrud. Terbayang lagi,macam mana marahnya aku bila semua anak buahku memberikan sebuku emas tulin dipangkuanku dulu dengan penuh ketulusan. Hitam,hijau,masam dan busuk. Bulu romaku tegak berdiri. Peluh dingin mula membasahi tubuhku.

“Padan muka Cik Hadi,padan muka…”

Raut wajah Adam yang sedang mengejek aku menari-nari di hadapanku.

“Dah tahu nak berak…………kenapa tak nak cakap. Menyusahkan betul!!!!”

Ku pandang kesemua anak muridku. Semuanya diam membisu umpama tunggul reput. Tiada seorang pun yang mahu mengaku melepas kekotoran sendiri. Suhu kesabaranku mengelegak kembali. Silap-silap hari bulan,magma kemarahan yang cuba aku simpan,akan melimpahkan lahar kesabaran.

Dari satu sudut ke satu sudut aku berjalan. Terasa perlakuanku tidak ubah bagaikan seekor anjing mengesan jejak penjenayah. Hidungku kembang kempis menahan keharuman pewangi semula jadi. Tekak ku kembang kembali seperti tadi. Nasib perutku sudah kosong. Pandanganku terhenti pada seorang budak lelaki berbangsa Cina. Budak yang bertubuh montok dan berpipi tembam itu tunduk memandang lantai. Dari celahan seluarnya mengalir cairan yang agak kekuningan. Wajah Oi Wei Keong kelihatan kosong,hanya senyuman sinisnya melatari wajahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience