BAB 2

Other Completed 2178

Bekalan elektrik tiba-tiba terputus. Gelap gelita tempat persemadian kami.

“Mak …..takut,adik nak balik!!!!!!!!!!”

Agak kaget,bila tiba-tiba Ria Amalina meraung sekuat hati. Meja Ria aku hampiri. Aku cuba menenangkan keadaan. Air mata Ria deras mengalir. Aku tahu,dia agak terkejut mendengar dentuman petir yang seakan mahu membelah bumi sebentar tadi.

“Tak ada apa-apalah sayang. Cikgu kan ada kat sini”

Memandang wajah Ria Amalina sahaja,telah membuatkan hati lelakiku diruntun kepiluan. Aku mesti menguatkan kesabaranku sendiri. Aku perlu kuat,biarpun hakikatnya aku tidak merelakan diri ini dilontar ke tahun satu. Aku lelaki,entahkan mampu entahkan tidak menjadi guru terbaik pada pelajar tahun satu tapi demi amanah yang diberikan kepadaku,keegoan yang bersarang dalam diri,aku buang jauh-jauh.

Biar hujan semakin lebat,kaki lima kelas 1 Zamrud tetap meriah dengan kehadiran ibu bapa yang mungkin tak sampai hati melihat anak kesayangan menghadap seorang guru lelaki yang tidak diketahui akal budinya. Lain keadaannya dengan aku, perasan geram dan rimas melihat situasi yang mencabar seperti ini benar-benar menghimpit perasaanku walau hakikatnya aku agak terhibur melihat gelagat mereka memujuk anak-anak yang mula meragam.

“Cikgu…..Rafidah kencing!!!!!!!

Wajah Rafidah aku pandangan. Aku cuba mencipta kemanisan diwajah sendiri biarpun ia nampak agak hipokrit.

“Sayang,kenapa nak kencing tak cakap,kesian cikgu tengok Ida,kan sekarang dah lencun gaun Ida”

“Takut….”

Aku tersengih mendengar penjelasan yang keluar dari mulut Rafidah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience