BAB 1

Other Completed 2178

Kipas terus berputar. Laju dan laju. Tubuhku mula digigit bayu dingin yang muncul tiba-tiba. Dari celahan samar mata,tubuh-tubuh kecil di hadapan aku renung. Semuanya ada 37. Tersenyum dan tersengih macam kerang busuk memandang wajahku. Di tepi pintu kelas,seorang anak kecil yang comel sedang nyenyak tidur dengan mulut yang ternganga besar. Air liur basinya membasahi bibirnya yang kelihatan agak mongel. Memang agak geli. Aku biarkan sahaja anak comel itu mencipta mimpinya. Hujan semakin lebat,wajah mulus mereka aku renung dengan pandangan yang tajam

“Cikgu….tempias”.

Bebola mata aku alihkan pada seorang budak lelaki bernama Fauzan yang duduk berhampiran tingkap. Tubuhnya yang comel seolah-olah mengecil menahan kesejukan. Tanggannya pula semakin ligat mengelap meja yang mula digenangai air.

“Fauzan…….sini,duduk sebelah cikgu”.

“Sejuklah cikgu….”

Satu persatu wajah anak-anak muridku seramai 37 orang aku pandang satu persatu. Semuanya memeluk tubuh dengan erat sekali. Jika aku punya keajaiban,ingin rasanya aku dakap erat-erat tubuh mereka dalam pelukan ku sendiri. Sebuah senyuman aku hulurkan buat mereka. Sekurang-kurangnya,sebuah senyuman amat ikhlas yang lahir dari lubuk hatiku,mampu menepis kedingan bayu petang yang hadir bersama hujan.

“Kesian…minggu pertama jejak kaki di sekolah sudah menerima cabaran yang agak hebat”.

Wajah mereka aku renung kembali, tapi kali ini wajah mereka agak kelat

“Tak apa la…………..Cikgu pun sejuk. Biar kita sama-sama sejuk. Sekejap lagi hujan akan berhenti”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience