BAB 3

Other Completed 2178

“Mana tak takutnya……..cikgu lelaki mengajar tahun 1 kan. Harap je muka hensem…huh,perangai belum tentu TER………..baik!!!!!!!!!”.

Terasa mahu pecah gegendang telingaku saat kata-kata yang berunsur provokasi menerjah cuping telingaku. Senghaja aku alihkan bebola mataku ke arah wanita bermulut celupar yang sedang mencebik aku.

“Kak…….kalau akak bersidai kat luar tu sekadar nak sakitkan hati saya,tak bestlah kak………,meh tolong saya mandikan budak ini!!!”

Wajah wanita itu berubah corak. Memang mendidih hati lelaki ku. Belum reda hati mempersalahkan tindakan Guru Besar memaksa aku mengajar tahun 1,ada pulak orang mencucuh minyak pada hatiku yang sedang terbakar. Nasib la… Memang benar kata pepatah”Kerana Mulut Badan Binasa”

“Padan muka ko Hadi”

Terasa ada bisikan yang agak keras menerjah telingaku sekali lagi. Tidak semena-mena ingatanku berputar 360 darjah. Wajah Aqilah,Faiqah,Adam,Farhan,Anif dan Nadirah menguis-nguis ingatanku. Mungkin ini balasan Tuhan kepadaku atas keterlanjuran lalu meletakkan mereka di tepi bilik air setelah terkencing dipangkuanku dulu. Dadaku yang mula berombak ganas,aku urut lembut. Wajah Rafidah aku renung kembali,ada butiran jernih mengalir di pipinya. Hendak tak hendak,tangan Rafidah aku pimpin ke bilik air.

Setelah segalanya selesai,aku pimpin kembali Rafidah ke kelas,tapi belum sempat aku lepaskan lelahku,sebuah panggilan yang memang mencemaskan, menyentap seluruh isi perutku. Terasa nyilu dan pedih menikam jantung.

“Cikgu Amera kencing!!!!”

Jeritan Nabila yang kuat membuatkan aku terkaku memandang wajah Ameera. Hanya sendu pilu Amera yang agak kuat menemani kegusaranku. Kali ini aku benar-benar hipokrit. Memang aku tak ikhlas saat menghulur senyuman pada budak perempuan berambut kerinting yang sedang menangis di hadapanku. Kalau ikutkan hati,hendak sangat aku sumpah seranah budak bernama Amera. Tapi sekuat manalah lelaki seperti aku mampu menahan kesabaran yang cuba aku pertahankan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience