BAB 10

Other Completed 2178

Tengkinganku yang kuat membuatkan Ipin terus melalak. Kerana geram yang amat sangat,akhirnya aku menjadi guru yang kejam. Sekuat hati,aku lepaskan sebuah tamparan yang amat berbisa di pipi Ipin. Biarlah dia tahu,kesabaranku sudah di puncak. Ku tinggalkan Ipin sendirian dengan lolongan panjang yang paling sayu pernah aku dengar. Puas aku,biar tanganku terasa kebas dan hatiku sendiri rentung terbakar. Puas aku,biarpun mungkin akhirnya aku akan menjadi glamor bila perlu mendaki tangga mahkamah kerana disaman. Air mataku kembali mengalir. Dari dalam kelas,ku lihat Puan Maimunah,Penyelia Petang sedang memujuk Ipin. Aku redo dengan segala kemungkinan yang bakal terjadi.

Peristiwa ditendang Ipin,buat aku hilang perasaan bila terpandang wajah anak kecil itu. Aku rela gegendang telingaku hancur saat mendengar jerit pekik Ipin yang kuat membelah bumi. Dok melayan perangai peliknya,apa yang pasti aku terpaksa menuang kelas. Sehari suntuk aku makan gaji buta yang akan menjadi darah dagingku. Sehari suntuk juga,pelajar lain akan ketandusan ilmu dan apa yang pasti,otak ku akan bernanah dan membusuk. Masuk hari ini,sudah 101 hari Ipin tidak hadir ke sekolah. Kehadirannya ke sekolah ibarat biskut chip-mor. Aku bahagia tanpa kehadirannya.

“Hatta….tolong jaga kelas dan siapkan kerja kamu. Cikgu nak solat sebentar. Hatta,sapa nampak gigi cakap dengan cikgu”.

Ketua kelas 1 Zamrud yang bertanggungjawab itu tersengih mendengar amanatku. Tanpa membuang masa,aku atur langkah menuju ke ruang solat di tingkat empat. Sepuluh minit kemudian,aku kembali semula ke kelas. Tanpa secalit senyuman,aku berhijrah dari meja ke meja melihat hasil kerja anak muridku.

“Hatta….ada sesiapa bising?”

Hatta memandang wajahku sejenak.

“Dia cikgu,dari tadi giginya nampak,saya dah cakap tutup mulut,dia buat muka seposen je”

Bebola mataku merenung wajah Fauzan.tapi budak itu hanya tersenyum mempamerkan barisan giginya yang putih melepak.

“Eh….saya tak cakap pun cikgu”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience