BAB 9

Other Completed 2178

“Waaaaaaaaa,nak balik,nak balik”

Aku tersentak. Ternyata budak hitam manis itu buat hal lagi.

“Kenapa Ipin menangis?”

Ku pujuk Ipin penuh adab susila. Tapi aku tahu,perbuatan aku ibarat mencurah air ke daun keladi. Sikap Ipin memang sebiji sikap Julia bekas “X” aku. Kalau Julia yang berada di hadapanku kini,memang aku terus angkat kaki. Jika dengan Nizam kesabaranku selalu layu,dengan Ipin pula,terasa kesabaranku sentiasa meluap-luap. Kekadang aku rasa,lebih baik menoreh getah dari menghadap wajahnya yang menjengkelkan. Tak silap aku,masuk hari ini,sudah 30 kali di melalak di hadapanku. Memetik kata-kata Cikgu Dasimah”Aku rasa,kalau ko ikutkan hati,dah lama budak itu ko terajang kan!!!”. Ya,kalau ikutkan kata hatiku seperti 4 bulan yang lalu,lama dah budak seekor ni jadi arwah. Sebenarnya,.. ada hikmah Tuan Haji Jemali Paiman meletakkan aku di tahun 1.

“Cikgu,….suruh balik je. Kat sini pun bukan belajar,buat bising dan susahkan cikgu adalah. Suruh dia balik pakai pampes dan tidur dalam buai macam baby”

Ku pandang wajah Hatta ketua kelasku. Aku tersengih mendengar ucapan yang keluar dari mulutnya.

Ipin lari ke luar kelas. Aku tersepit antara Ipin dan 36 pelajarku yang lain. Demi Ipin,akhirnya aku mengadaikan 36 yang lain. Langkah seribu aku atur. Ke hulu dan k e hilir aku mengejarnya. Hampir pitam aku dibuatnya. Manakan terdaya seorang guru lelaki yang berusia 25 tahun,dengan perut yang mula ke depan, mengejar kanak-kanak kecil yang pantas berlari.Tuhan maha adil,akhirnya tubuh Ipin berjaya aku dakap. Ipin meronta-ronta mahu melepaskan diri. Rasa syukurku tidak panjang,sebuah tendangan padu alah tomoi singgah betul-betul di perutku. Aku terduduk. Perutku terasa senak. Cikgu tahun 1 yang terdiri dari 8 orang guru wanita hanya memandang wajahku penuh simpati dari kejauhan.

“Cikgu berlembut tak boleh,cikgu berkasar pun tak boleh!!!!!!!!!!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience