BAB 6

Other Completed 2178

Belum sempat ku rebahkan punggungku di kerusi,belum sempat aku habiskan senyuman tawaku,telah tersembur segala isi perut Murni. Tulang ikan,nasi berlendir,sawi berperisa coklat berterabur di atas meja. Hitam,biru,unggu,kuning,hijau dan merah hingga membentuk warna pelangi yang cukup indah. Aku yang sememangnya alah dengan muntah,mula loya dan sakit kepala.

“Wek…..wek”

Kali ini,aku mengikut jejak langkah Murni. Segala isi perut aku hamburkan di hadapan kelas. Pandanganku kian kabur. Di hadapanku kini,wujud 74 wajah comel.

“Viknes….cikgu kita mengandunglah”,bisik Ridzuan sambil menjeling wajahku.

“Orang lelaki mana boleh mengandung!!!”

“Heleh,dulu mak kita macam tu gak. Mula-mula muntah-muntah,tak lama lepas tu kita dapat adik baru”

Senyumanku terasa semakin pahit. Memang meremang bulu romaku. Jika benar telahan mereka,parahlah aku. Buat malu kaum Adam. Tenagaku hilang 100%,hilang ditelan lautan air kencing,hilang dek kelucuan Fauzan. Sisa-sisa tenaga yang cuba aku simpan juga tidak berkekalan. Muntah Murni dan muntahku sendiri yang pelbagai corak warna meranapkan terus tenaga ku. Kata-kata Viknes dan Ridzuan membuatkan aku seperti orang hilang akal. Dalam keadaan tidak bermaya,aku terus ketawa hingga beberapa butir air mata yang telah berhenti mengalir,menitis kembali menuruni pipiku yang mula semak dengan beberapa biji jerawat batu. Sakit aku menahan tawa,namun kesakitan yang menusuk jauh dalam hati,membuatkan aku kehilangan bicara.

Ku sandarkan tubuhku yang terlalu lemah di atas kerusi separuh antik.

“Apalah malangnya nasib Hadi mak. Dahlah TERPAKSA dan DIPAKSA mengajar tahun 1,dapat pula kerja part-time mencuci kencing,berak dan muntah orang lain”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience