BAB 4- AKU SUKA KAU

Short Story Series 1525

Ian tinggal bersama Imani. Ian mencuci luka dan menjaga Imani dengan baik ketika dia demam.

"kenapa demam aku tak ok lagi ni?" Dia berdialog sendiri.

Imani tidak dapat tidur kerana kepalanya pening dan tekaknya rase mual. Dia cuba untuk bangun tapi dihalang oleh Ian yang hanya bersandar di sofa sambil memerhatikan Imani.

Imani menangis dengan tiba-tiba menyebabkan Ian risau.

"Kau sakit sangat ke?" Tanya Ian penuh prihatin.

Imani menarik lengan Ian untuk baring disebelah dia.

"Jangan tinggalkan aku, please!!!"

"Ok, jangan nangis eh, "sambil tangannya memicit kepala Imani dengan berhati-hati.

Aku akan jaga kau Imani sampai akhir hayat aku. Aku suka kau dan aku tak pasti bila aku mula suka pada kau. Ian berbisik di telinga Imani.

Keesokkan paginya, dia mengejut Ian yang masih tidak bangun dari tidurnya.

" Ian?" Tangan Imani menggosok pipi Ian yang tertidur di sebelahnya.

" Ya, kenapa?" tanya Ian risau.

"Kenapa kau baik sangat dengan aku?" Imani luahkan rasa peliknya dengan sikap Ian terhadapnya.

" Jujur aku cakap yang aku suka kat kau dah lama dah." jawabnya sambil melihat reaksi Imani tentang pengakuannya.

" Kau yakin ke yang kau betul-betul suke kan aku atau sekadar simpati dengan keadaan aku je?"

Pertanyaan Imani membuatkan Ian terus mencium dahi Imani dan dia sangat ikhlas dengan pengakuannya itu.

Luka pada kakinya masih belum sembuh sepenuhnya tapi Imani telah bergerak bebas tanpa menghiraukan kakinya yang berjahit itu.

" Awak tak payah gerak banyak sangat." Imani pelik dengan bahasa lembut yang Ian gunakan.

"Saye ok la." Chill la.

"kalau nak ape-ape bagitahu saye eh, nanti saye ambilkan.

"Awak tak rasa pelik ke bile dah takde orang kacau kite?"

Ian hanya berdiam diri dan senyum ke arah perempuan yang dicintainya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience