BAB 6- KERJA BARU

Short Story Series 1525

Selepas keadaan semakin pulih dan Wani telah ditangkap, tambah lagi satu kejadian di mana Imani cuba diragut tapi peragut tersebut seperti ingin menduganya. Dia membuka langkah terlebih dahulu untuk berlawan dengan peragut berkenaan. Setelah lama mereka berlawan tanpa sebarang kekalahan dari kedua dua pihak, peragut berkenaan membuka mask di mukanya dan memperkenalkan dirinya.

" Aku Adrian." Aku tahu kau pelik dengan aku kerana meragut kau. Dia membaling semula sling beg Imani dan meminta maaf.

" Aku datang untuk berjumpa dengan kau depan-depan untuk test kau sebenarnya." Kau boleh percaya aku di pihak yang baik.

"Apa kau nk dari aku?" tanya Imani curiga.

"Aku nak bagi kau kerja tambahan dan aku tahu kau mesti berminat." katanya dengan yakin sebab dia dah selidik latar belakang perempuan itu dan pekerjaannya.

"Kerja ape yang kau yakin aku akan terima tawaran kau tu?"

" Jadi penyiasat persendirian."

Imani yakin bahawa lelaki di depannya ini boleh dipercayai. Jadi, dia tanpa berfikir panjang mempersetujuinya tanpa bertanya dengan lebih detail.

Ian pelik dengan perangai Imani yang kelihatan seperti memikirkan sesuatu yang berat dan besar. Setahunya, Imani hanya bekerja sebagai pereka fesyen sahaja. Jadi, tiada apa-apa yang perlu difikirkannya sangat.

Ian mendekati Imani dan bertanya "awak tengah pikir pasal ape?" tanya Ian dengan berhati-hati. Imani hanya menggelengkan kepalanya sahaja tetapi tidak bersuara. Ian hanya membiarkan Imani termenung sendiri. Keadaannya itu telah membuatkan Ian mengambil keputusan untuk ambil cuti dan mengekori ke mana saja Imani pergi.

Ian masih tinggal di rumah Imani tanpa pengetahuan mamanya. Pada jam 2 pagi, Imani keluar rumah secara senyap-senyap dan Ian mengekorinya. Dia ternampak Imani jumpa dengan orang yang sangat dikenalinya iaitu orang yang telah menawarkannya bekerja sebagai penyiasat. Dia tahu kerja tersebut akan mengancam nyawa keluarganya jadi dia mengambil keputusan untuk menolak kerja tersebut dan meneruskan perniagaan bapanya sahaja demi keselamatan keluarga. Namun, dia tetap ada musuh yang tidak deketahuinya.

"Apa yang aku kena buat sekarang?"

"Kau kena siasat suspek yang disyaki membunuh Dato' Arman." Dia memberikan gambar suspek kepada Imani dan dia sangat percaya dengan kebolehan dan bakat Imani dalam menyelesaikan setiap masalah dengan musuh-musuhnya.

" Aku percaya kau boleh settlekan hal ni." Katanya dengan penuh pengharapan agar kes ini selesai.

Ian datang secara tiba-tiba dan menghalang Imani dari terus campur tangan dalam hal besar dan kes yang sangat berat. " Awak boleh dibunuh kalau awak teruskan untuk campur tangan dalam kes ni."

Imani hanya berdiam diri dan pulang ke rumah. Dia terus kunci pintu biliknya agar tidak dimasuki Ian kerana dia tahu Ian akan menghalangnya.

" Imani, please jangan masuk campur dalam hal macam ni..."

" Kita tak ada ape-ape hubungan, so awak boleh teruskan hidup awak dengan family awak." Saya tiada sesiapa yang perlu saya lindungi mahupun sesiapa untuk lindungi saya. Awak boleh balik dan jangan jumpe saya lagi. Imani tekad dengan keputusannya kerana dia kenal lelaki yang bakal dia siasat itu. Lelaki itu adalah kawan baiknya sejak dibangku sekolah lagi. Persahabatan mereka terputus kerana lelaki itu telah meninggalkannya tanpa sebarang kata.

"Aku akan cari dan siasat kau, itu janji aku!!"

Imani keluar bilik dan melihat bahawa Ian sudah keluar dari rumahnya. Dia rasa tiada apa yang akan menjadi kelemahannya apabila tiada musuhnya tahu bahawa dia mengenali dan menyanyangi Ian.

" Aku akan lindungi kau sampai bila-bila, Nur Imani....."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience