BAB 9- PELUANG KEDUA

Short Story Series 1525

Kejadian yang berlaku telah menyebabkan Ian sangat menyesal meninggalkan Imani. Dia tahu Imani pasti sangat marah atau mungkin benci melihat dia. Dia akan terus berusaha memujuk Imani untuk kembali ke pangkuannya. Dia tidak akan memaafkan dirinya andai sesuatu terjadi kepada Imani.

" Saya mintak maaf, sayang...Saya tahu saya lelaki yang tak berguna."

Imani membuka matanya selepas seharian dia tidak menyedarkan diri. Dia terpandang susuk tubuh lelaki yang sangat dia kenali.

" Apa kau buat dekat sini!!!!!" kata Imani dengan jeritan yang kuat tapi masih dikawal.

" Awak dah sedar...." tanya Ian dengan penuh rasa bersalah.

" Keluar!!!!!" Aku tak nak tengok muka kau lagi. Tinggalkan aku dan jangan ambil tahu pasal aku. pergi!!!!!

Imani bangun untuk menghalau Ian walaupun dia masih lemah tetapi dia hilang kawalan dan hampir terjatuh ke lantai namun masih sempat disambut oleh Ian. Ian mengangkat Imani kembali ke katil nya dan air matanya mengalir kerana terlalu takut dibenci oleh perempuan yang sangat dia cintai.

Pagi yang sangat dingin menyebabkan Ian tersedar dari tidurnya dan menatap wajah Imani yang sedikit pucat. Dia menunggu Imani sedar dan ingin meminta maaf semahu-mahunya.Tidak lama kemudian, Imani menangis teresak-esak kerana dia sangat merindui lelaki itu dalam masa yang sama dia sangat marah dengan Ian kerana meninggalkannya. Ian memegang tangan Imani lalu ditepis olehnya.

Ian kembali memegang tangan Imani dan menggenggam dengan kemas sehingga Imani tidak dapat untuk melepaskannya.

" Saya mintak maaf," katanya kesal.

" Just leave me Ian...i'm begging you."

Ian meninggalkan Imani kerana tidak sanggup melihat dia menangis. Dia keluar seketika untuk memberi ruang kepada Imani kembali tenang.Tidak lama selepas dia keluar, dia kembali untuk melihat keadaan Imani tapi katilnya kosong. Hatinya remuk saat Imani meninggalkannya dan tidak dapat terimanya semula.

" Aku kena kuatkan semangat dan dapatkan dia balik!!!"

Imani menhembuskan nafas lega selepas dapat meninggal Ian di hospital. Imani hanya melakukan kerjanya di rumah dan menjalani kehidupan yang baginya sempurna dan aman tanpa sebarang masalah.

Imani dapat rasa yang tinggal dirumahnya bersendirian adalah tindakan yang paling tidak selamat dan membahayakan nyawanya tapi hanya itu sahaja tempat yang ada.

" Hai Imani,,,aku happy sangat sebab kau tak teruskan kerja kau...." hatinya berbisik puas dengan tindakan Imani yang tidak mengganggu kerja jahatnya.

" Macam mana kau boleh masuk dalam rumah aku lagi???" Tanya Imani dengan riak muka yang tenang. "Kau tak sekasar dan segarang dulu Imani..." Hakim mendekati Imani sehingga nafas Imani kelihatan sesak dan cuak. " Kau ni cantik sebenarnya sampai aku rasa macam nak makan kau malam ni." Hakim menutup pintu bilik Imani dan memeluknya tanpa kerelaan Imani. Dia sangat takut tapi dia tetap melawan untuk berlari keluar dari rumahnya, malangnya Hakim sempat menghalang dan dia menolak tubuh Imani dengan kasar dan berlaku sedikit pergelutan sehingga baju tidur Imani yang nipis itu terkoyak dan menaikkan lagi nafsu Hakim. Imani menjerit lalu ditampar oleh Hakim berulang kali sehingga dia berasa sangat lemah dan tidak berdaya untuk memberontak lagi.

" Kau dah tak boleh nak buat ape-ape lagi sekarang," kata Hakim puas melihat Imani yang tidak berdaya untuk melawan.

Tidak sempat kejadian hitam itu berlaku kerana Hakim telah ditumbuk oleh Ian dan dibelasah terul sehingga Hakim tidak bergerak lagi untuk menentang Ian. Ian berlari mendapatkan Imani yang lemah dengan muka yang lebam dan sedikit berdarah akibat ditampar oleh Hakim. Ian membawa Imani pulang ke rumah banglonya yang didiaminya sendiri.

Imani membuka matanya dan menangis ketakutan menyebabkan seluruh tubuhnya menggigil. Dia sangat trauma dengan kejadian itu walaupun Hakim tidak sempat menyentuhnya. Ian memeluk Imani erat dan mengusap belakang badan Imani supaya lebih tenang.

"shhhhhhh,,, takpe..." Awak selamat dengan saya. Jangan nangis lagi pleasee...Ian ternampak Imani yang kelihatan sangat seksi kerana baju nipisnya yang koyak pada bahagian lengan dan dada. Ian menyuruh Imani menukar bajunya tapi melihat keadaan Imani yang sangat lemah menyebabkan dia mebiarkan saja Imani memakai bajunya yang koyak.

Imani kini selamat dalam pelukannya kerana dia menangis sampai tertidur dalam pelukan Ian. Keesokannya, Imani kelihatan sangat murung dan mukanya pucat. Dia tidak mahu makan ataupun minum, dia sekadar termenung di tepi tingkap rumah Ian.

" Awak jangan la macam ni." Mana Imani yang saya kenal dulu, yang kuat tu...." Imani menjawab " Imani yang awak kenal dah mati kot." Ian sangat terkejut mendengar jawapan yang keluar dari mulut Imani.

" Imani, saya berani sumpah yang saya tinggalkan awak dulu bersebab dan saya tak kan tinggalkan awak lagi sampai bila-bila,,,percayalah."

"Saya akan tetap setia tunggu awak, Nur Imani..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience