BAB 1-SERENDIPITY

Short Story Series 1525

Nur Imani adalah nama seorang perempuan yang sangat kasar dan unik orangnya. Perwatakannya sangat menarik. Dia tinggal bersendirian di kampung selepas kematian kedua ibu bapanya.

"Apa akan jadi dengan hidup aku lepas ni?"

"Sampai bila aku nak duduk dalam kampung ni?"

Kesedihannya selepas pemergian ibu bapanya tetap dirasai tapi dia kena teruskan kehidupannya. Kini, dia bertekad untuk hidup di bandar tanpa sesiapa yang dia kenali.

Dia memandu kereta mini coopernya dengan segala barang untuk berpindah. Dia ingin mencari kerja yang lebih baik demi meneruskan hidupnya.

"Alhamdulillah, dapat juga rumah untuk aku duduk"

Pada pukul 1 pagi, dia terdengar bunyi tembakan berhampiran rumahnya dan dia keluar untuk melihat apa yg telah berlaku. Tanpa disedari, dia ternampak sesusuk tubuh lelaki yang telah ditembak dihadapan pintu pagar rumahnya.

"Asal kau ni!!! Apa yang berlaku ni?"

Lelaki itu memegang tangan Imani dan dia memapah lelaki tersebut masuk ke dalam rumahnya. Imani sememangnya seorang yang berkebolehan dalam melakukan apa-apa sahaja. Dia telah mengeluarkan peluru di bahagian perut lelaki itu dan membiarkannya berehat.

Keesokannya, dia melihat lelaki itu cuba untuk bangun tetapi sempat dihalang olehnya.

"Terima kasih. Aku Ian, kau?"

"Tak payah tahu la. Kau kalau dah sihat pergi la hospital sebab aku tolong setakat yang aku tahu je."

"Nanti kalau nak apa-apa, kau boleh panggil aku."

"Aku tak tahu nama kau ape?"

"Tak perlu tahu."

Imani terjaga kerana sakit tekak dan berniat untuk minum tetapi dia ternampak susuk tubuh 3 lelaki yang tidak dikenali masuk ke dalam bilik Ian. Dia sempat menyelamatkan Ian dari ditikam oleh lelaki yang tidak dekenalinya itu. Dia terpaksa berhadapan dengan 3 orang lelaki tersebut tapi dia tetap kuat untuk menumpaskan 3 lelaki itu dan mereka melarikan diri.

"Thanks, kata Ian."

"Diam la".

Dia tidak tahu siapa lelaki yang bernama Ian ni. Tapi gerak hatinya tetap menyuruh untuk membantu Ian.

"Aku tak tahu la betul ke tak ape yang aku buat ni?" Kau rasa betul ke tak apa yang aku buat? pening la kepala aku!!! Imani stress dengan Ian yang mungkin akan membahayakan nyawa mereka berdua.

"Siapa kau sebenarnya?" Imani berasa was-was tentang profil lelaki itu.

"Bertambah la musuh aku lepas ni." kata Imani sendiri tetapi masih boleh didengari oleh Ian.

"Kau dah ok aku rasa. Better kau keluar dari rumah ni kot sebelum kita berdua pulak yang kena bunuh esok." Dia tak bermaksud untuk berkata begitu tapi dia sekadar merisaukan keadaan lelaki itu kerana musuhnya tahu keberadaan nya di rumah Imani.

"Aku bukan nak halau kau tapi kau boleh tengok sendiri kan macam mana dorang seboleh boleh nak bunuh kau." Aku tak rasa yang aku boleh jaga kau selalu lagipon tenaga aku takde la kuat sangat nak lawan dorang yang berbadan besar tu.

"ok, lepas ni aku yang akan jaga kau pulak sebagai balasan atas kebaikan yang dah banyak tolong aku fan selamatkan aku. Itu janji aku yang kau boleh pegang." kata Ian dengan yakin sebab sebenarnye adalah kerana dia mula menyukai perempuan itu kerana keberaniannya menyelamatkan Ian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience