BAB 8- KEHILANGAN

Short Story Series 1525

Hubungan Ian dan Imani kian renggang kerana Ian terlalu busy dengan kerja yang telah dipertanggungjawabkan olehnya. Imani dapat merasai kekurangan masa mereka untuk meluangkan masa bersama-sama. Dia dapat rasa yang dia semakin sayang hubungan antara dia dengan Ian.

" Mana awak pergi???" kata Imani dengan riak yang sedih dan kecewa. Mana pergi janji awak untuk jaga dan lindungi saya....

Ian menghilang selepas menjaga Imani sehingga sembuh. Hampir 5 bulan Ian menghilangkan diri tanpa khabar berita membuatkan Imani membuang perasaannya terhadap Ian dan telah move on dari semua kenangan mereka berdua. Selepas ketiadaan Ian, Imani rasa sangat pelik kerana tiada lagi musuh-musuh yang mengganggu kehidupannya. Lelaki yang mengamanahkan tugas buatnya juga turut hilang selepas dia memberi kes penyiasatan Imani kepada orang lain. Imani kini fokus dengan kerjayanya sahaja.

" Aku memang tak layak untuk bahagia kot," fikirnya sendiri. Kenapa Ian pergi tinggal kan aku sendirian sedangkan dia dah janji nak jaga aku. Dia teringat saat dia tidak menyukai Ian.

"Aku rasa kite ada banyak persamaan la," kata Ian kepada Imani.

" Aku tak kenal kau, so better you stay away from me."

Imani sangat terkejut apabila Ian memberitahunya bahawa " kau hak aku." Dia terpaku dengan ucapan lelaki itu. Namun, semuanya harus dia lupakan dan membuka buku baru. Imani hanya duduk di rumah selepas dia tidak ditugaskan untuk menyiasat lagi. Dia hanya bekerja dari rumah dengan izin mama Ian. Datin langsung tidak tahu hubungannya dengan Ian kerana mereka ingin berkenalan dan kenal hati budi masing-masing sahaja.

Imani bercadang untuk bercuti selama seminggu untuk tenangkan fikirannya. Dia bersiap dan berkemas untuk percutiannya yang last minit tu. Dia drive sendiri dan menguruskan semua sendiri. Setelah check-in hotel, dia berehat di dalam bilik dan terlena seketika. Selesai mandi, dia keluar untuk ambil angin dengan perutnya yang kosong dan berbunyi-bunyi minta diisi.

Dia memegang fon dan memakai earphone sambil menyanyi untuk melayan perasaannya yang sunyi dan kesedihan. Dia memainkan lagu Charlie Puth- Some Type Of Love. Sambil dia melayan perasaannya, dia terdengar bunyi seperti ada seseorang yang mengekorinya dan dia sangat mengenali bauan yang dihidunya. Secara tiba-tiba gastriknya menyerang dan dia tidak dapat menyeimbangkan badannya. Kesedihan yang dialami menyebabkan Imani berfikiran tidak waras dengan meneruskan jalan kakinya menuju ke laut sambil menahan perut yang sakit. Imani hampir ditenggelami air laut yang kini berombak kuat.

" Aku akan terangkan kepada Imani sekarang," bisik hati Ian tapi dia telah kehilangan jejak Imani kerana dia dipanggil oleh seseorang yang tidak dikenalinya. Ian tidak sedap hati melihat keadaan Imani yang tadinya sangat sedih. Dia segera berlari mencari Imani dan terkejut apabila melihat tubuh yang dia sangat kenali kelihatan seperti lemas dan tergapai-gapai tanpa suara.

" Imani!!!!!!!" Jerit Ian dari jauh sambil berlari untuk menyelamatkan Imani. Ian berenang mendapatkan Imani dan mencapai tangannya. Dia mengangkat Imani ke tepi pantai dan menekan dada Imani untuk mengeluarkan air laut dalam badannya. Muka Imani sangat pucat dan tidak bermaya lagi. Ian terpaksa memberi bantuan pernafasan tetapi gagal. Dia mencuba buat kali terakhir dan Imani sedar namun dia masih tiada tenaga. Hanya air mata yang mengalir apabila melihat Ian di depan matanya.

" Imani, saya minta maaf...." dan Imani kembali menutup mata kerana badannya terlalu lemah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience