BAB 7- PERTEMUAN YANG TIDAK DIJANGKA

Short Story Series 1525

Hari pertama Imani memulakan penyiasatannya. Dia nekad akan menyelesaikan kes ini. Namun, secara tiba-tiba dia dikelilingi oleh ramai lelaki yang tidak dikenalinya tapi hanya satu saja yang dikenali iaitu kawannya dahulu yang kini sedang dia siasat.Dia sangat terkejut apabila orang yang dicari-cari kini berada di depan matanya.

" Why?" tanya Hakim kepada Imani.

" Do you miss huhhh???" Dia sangat sakit hati apabila orang yang akan dia hadapi adalah kawannya iaitu Imani." Aku bagi warning kat kau jangan nak masuk campur sebelum apa-apa yang buruk jadi pada diri kau."

Imani hanya tersenyum tetapi masih berjaga-jaga dengan anak buah Hakim takut diserang secara tiba-tiba. Dia membuat muka riak dan bertanya kepada Hakim " kita kenal ke?" Hakim sangat sakit hati dengan pertanyaan Imani tapi dia tidak menyerang Imani. Dia tau Imani memang seorang yang berani dan kuat kerana dia pun telah lama mengenali kawannya itu." Aku datang sekadar nak warning je, tapi kalau tak nak dengar jugak so aku tak ada pilihan lain selain bunuh kau bila tiba masanya nanti." Hakim dan konco-konconya berlalu pergi meninggalkan Imani.

" Apa yang buat dia berubah jadi macam tu?" Fikiran Imani runsing memikirkan perubahan Hakim. Tetapi dia tetap teruskan siasatannya untuk menangkap Hakim atas kesalahannya membunuh.Dia ingin tahu punca sebenar lelaki itu berubah jadi jahat dan sanggup membunuh.

Imani menuruni tangga di rumahnya kerana bekalan elektrik terputus. Malangnya, dia ternampak bayang-bayang pada cahaya peti sejuj dirumahnya. Tanpa berfikir panjang, dia menyerang lelaki tersebut tetapi mereka datang dalam jumlah yang ramai.

Mereka berjaya mengalahkan Imani kerana tangannya telah ditembak oleh salah seorang lelaki yang menyerangnya. Dia hanya mampu berserah dan pasrah apa yang akan berlaku pada dirinya.

" Kalah jugak eh kau perempuan." kata salah seorang lelaki itu sambil menghembuskan asap rokok pada muka Imani. Badannya berpeluh-peluh kerana menahan sakit akibat tembakan yang dia alami tetapi dia tetap menayangkan muka berani di hadapan lelaki- lelaki yang menyerangnya.

" Aduh,,,, apa malang la nasib aku malam ni..." Tiba-tiba seorang lelaki sempat datang membantunya setelah Ian ternampak mereka Ingin menikam Imani. Imani seperti kenal lelaki yang membantunya dan dia mengeluh kerana telah menyusahkan Ian untuk membahayakan diri selamatkan dia.

Setelah semuanya tumpas, Ian mengangkat Imani untuk dirawat di klinik kawannya sahaja. Dia berada di sisi Imani untuk mengelakkan Imani lari dari dia. Imani dihantar pulang tetapi dalam perjalanan, Ian berhenti untuk ke farmasi membeli apa yang perlu. Imani hanya duduk di dalam kereta dan dia tergerak hati untuk membuka dashboard kereta Ian. Dia ternampak gambar Ian dengan seorang perempuan dan juga lelaki yang memberinya tugas sebagai penyiasat.

Ian merampas gambar itu semula dan memandang Imani. " Ya, kalau tu yang awak fikirkan. Imani bertanya tentang perempuan disebelah Ian dan Ian mencerita segalanya se wehingga Imani faham dan jelas. Imani kini faham kenapa Ian sangat melindungi dan menjaganya selama ini. Rupa-rupanya perempuan itu adalah kekasih Ian yang telah mati dibunuh kerana dendam mereka terhadap Ian yang bekerja sebagai penyiasat dan membongkarkan perbuatan jenayah mereka.

" Sekarang awak dah fahamkan kenapa saya larang awak buat kerja bahaya ni." Dia sangat sedih melihat Imani luka kerana kerjanya itu.

" Saya yang mulakan jadi saya akan tamatkannya," jawab Imani tanpa melihat reaksi Ian tentang jawapannya itu.

" Suka hati awak la tapi saya akan ada untuk awak Imani," bisiknya dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience