BAB 10-KEPERCAYAAN

Short Story Series 1525

Imani semakin sihat dan hanya melupakan semua yang berlaku. Dia tidak teruskan niatnya untuk menyiasat dan sekadar membuat kerjanya di rumah secara online sahaja. Hatinya masih merindui Ian tapi kesakitan apabila ditinggalkan dahulu masih terasa. Dia takut untuk meneruskan hubungannya kerana mungkin akan berakhir dengan keperitan dan kesedihan kerana ada yang berdendam dengannya.

"Sayang.....awak ok ke tak ni?" Jom teman saya makan...

Imani hanya berdiam diri sahaja kerana dia takut tewas dengan pandangan mata Ian. Ian hanya memerhati muka Imani yang termenung tanpa menjawab soalannya.

"Awak boleh ke stay dengan saya selama- lamanya????" tergerak hati Imani untuk bertanya.

"Awak tak yakin dengan saya ke? Saya memang akan selalu dengan awak sampai saya menghembuskan nafas yang terakhir." Awak jangan risau ye...

Imani berharap yang dendam musuhnya akan terhapus kerana dia tidak sanggup kehilangan orang yang sangat dia cintai. Imani terus bangun dan duduk di sebelah Ian. Ian terpaku kerana Imani sendiri mendekatinya dan tidak menengkingnya lagi.

"Awak......" Imani terus memeluk Ian sambil menangis tetapi dia tidak mengungkapkan apa yang dia rasa." Kenapa ni sayang?" Imani hanya menggelengkan kepalanya dan Ian mengeratkan pelukan mereka.

Harini bermulanya Imani menguruskan segala keperluan dirinya dan Ian juga walaupun lelaki itu bukan suaminya. Dia berjanji yang dia akan cuba sedaya upaya untuk membahagiakan Ian walaupun dirinya banyak kekurangan.

"Awak, jom makan!!!" jerit Imani dari bawah kerana malas hendak melangkah ke tangga.

"Ya sayang...." terkejut aku dibuatnya. Nasib aku tak ada penyakit jantung ke apa. Bebelnya seorang diri.

"Sayang masak apa ni?" Nasi goreng je la so tak payah la buat muka excited sangat. Breakfast je kan...Ian hanya tersenyum kerana memang begitu la perangai Imani yang sebenar. Ini bermakna Imani nya telah kembali dan dia akan berusaha untuk terus menyayangi gadis yabg dicintai.

" Awak, macam mana dengan hakim?" Apa agaknya rancangan dia selepas ini? Soalan mengejut dari Imani.

"Awak tak payah nak fikir sangat la. Pasal hakim tu nanti saya sendiri uruskan eh."

Meraka berdua membuat tugasan masing-masing seperti biasa. Imani hanya melaksanakan kerjanya di rumah dan hanya Ian yang berkerja di pejabatnya sendiri.Ketika dia pejabat, Ian mendapat panggilan bahawa telah dikhabarkan hakim ditangkap oleh pihak polis setelah berjaya menyerbu kawasan hakim dan konco-konconya memproses dan menjual dadah. Dia akan dijatuhkan hukuman setelah perbicaraan di mahkamah nanti.

" Alhamdulillah." Hanya ucapan itu sahaj yang dapat dikatakan kerana gembira akan khabar yang baru sahaja diketahui. Tidak sabar untuk memberitahu Imani. Dia mengemas mejanya dan berlalu pulang untuk menemui Imani.

"Assalamualaikum, sayangku." Panggilnya dengan nada yang sangat ceria.

"Waalaikumsalam awak." Apa yang bahagia sangat saya nampak ni? Dah nak kahwin ke? Saja soalan itu diduga menunggu Ian menjawab.

" Hebat la sayang ni sambil dia tepuk tangan kerana ingin mengusik gadis itu." Imani hanya terdiam dan menunduk untuk dia menghadam apa yang telah dikatakan oleh Ian. Secara tidak sedar, air matanya mengalir dan dia segera bangun tapi tangannya ditarik lembut oleh Ian.

"Sayang???" cuak Ian kerana niatnya hanya mahu mengusik tapi lain pulak yang jadi.

Imani ditarik untuk duduk dia atas riba lelaki itu. Dia masih menunduk dengan air mata yang masih mengalir. Ian tersenyum memandang wajah gadis pujaannya itu.

"Sayang....abang bergurau je la" Jangan menangis lagi eh. Dia risau melihat Imani menangis kerana dia tidak bermaksud untuk menyakiti hati gadis itu. Oleh kerana malu, Imani memeluk Ian dengan kuat. Ian tersenyum dan membalas pelukan Imani namun hatinya berdebar- debar kerana dipeluk oleh Imani dalam keadaan Imani yang sedang duduk di atas peha lelaki itu.

"Abang nak cakap yang sebenarnya Hakim telah ditangkap oleh polis sebab mengedar dadah." Ian memberitahu berita itu dalam keadaan mereka masih berpelukan.

"Ye ke? Alhamdulillah." Ingatkan awak nak jujur pasal apa la tadi. Malunya sendiri kerana menangis dihadapan lelaki itu. Jadi, lepas ini boleh la mereka hidup aman dan bahagia bersama orang tersayang tanpa gangguan lagi.

"Sayang, iman saya ni takde la kuat sangat dalam keadaan awak macam ni lama-lama." Imani bingkas bangun.

" Saya minta maaf, saya naik bilik dulu" berlari dia naik tangga kerana segan dengan tingkah lakunya hari ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience