Selesai makan aku dan Neeq bergerak pulang ke rumah. Aku harus selesaikan semua ni sebelum berkahwin dengan Neeq.
"abang, abang dah ada date untuk majlis kita nanti? Mummy tanya Ica tadi. Mummy kata mummy nak buat dekat rumah ayah. Abang ok kan?".
Lama abang Neeq diam. Pelik pula aku dengan abang Neeq. "hello abang!!!!"
"Ica apa ni. Terkejut la abang sayang." "Ica tanya abang ni dengar tak.?"
"yee abang dengar. Bukan abang tak setuju. Tapi Ica kena berbincang dengan walid sayang. Tak boleh la Ica buat walid macam tak wujud. Abang tengok Ica terlalu menyebelahi mummy. Abang faham Ica baru jumpa mummy tapi Ica tetap ada walid. Abang nak Ica layan walid macam mana Ica layan mummy. Kenapa tak boleh berbaik dengan Maria dengan Melissa? Diorang pun family sayang."
" tapi abang tak tahu apa diorang buat dekat Ica."
" apa diorang buat sekali pun Ica tak boleh la balas balik. Sekarang ni abang nak tanya, Ica dah bagi tahu walid tentang mummy? Dah jujur dengan walid? " aku hanya gelengkan kepala sahaja.
" see. Benda simple macam ni pun Ica tak jujur. Balik ni abang nak Ica terus terang dengan walid."
aku hanya diam dan melayan perasaan aku. Neeq belum betul2 kenal diri aku. Panas bahang mata aku rasa. Kepala aku berdenyut sakit. Aku sandar kan kepala dan aku pejamkan mata. Hati aku masih terasa dengan Neeq.
" sayang bangun. Kita dan sampai. " Neeq mengejut aku perlahan. Terasa berat kepala aku. Perlahan aku buka mata. Dah sampai rupanya.
"terima kasih hantar balik. Assalamualaikum." laju aku keluar kereta. Neeq segera turun mengejar langkah aku.
"marah abang ke?" mata aku kembali berair. Susah la mata ni tak nak bagi kerja sama. "hey kenapa menangis ni."
"abang tak ada di tempat Ica senang untuk abang berkata. Bukan abang yang pernah dibuang keluarga. Bukan abang yang menumpang kasih." aku jeda seketika. Tak kuat menerus kata.
"haa, Raissa Aneeq baru balik kerja ye?" walid muncul di pintu.
"Ica masuk dulu." aku segera meninggalkan mereka berdua.
"kenapa dengan Raissa tu Aneeq? Kamu berdua bergaduh ke?"
"tak walid. Tp Ica ada benda yang dia nak bincangkan dengan walid. Kalau boleh walid jangan berkeras dengan Ica ye? Saya tak nak kita hilang dia."
Aku intai mereka dari bilik aku. Haish, apa yang diorang sembang sampai 5 minit. Yang walid angguk2 dengar abang Neeq cakap tu kenapa. Tak kan dia dah cerita dengan walid. Aku melihat kereta Nissan Almera abang Neeq bergerak.
Aku kembali duduk di katil. Aku lihat bilik yang aku duduk sekarang. Kenapa susah sangat untuk aku bahagia. Kenapa aku berada di rumah walid tapi tetap tak merasakan ni pun rumah aku.
"walid masuk ye Raissa?" walid mengetuk pintu bilik aku.
"masuk la walid. Pintu tak kunci pun."
Walid mengambil tempat di sebelah aku. Lama dia melihat aku. Aku hanya diam membatu. Apa yang aku nak buat? Aku tak tahu. Setitik air mata aku jatuh. Dihadapan walid.
"walid minta maaf Raissa. Walid sakitkan hati anak walid. Betul cakap Neeq hati Raissa tak sekeras perwatakkan Raissa. Walid minta maaf walid hancurkan hati puteri walid sendiri. Walid abaikan amanah Allah pada walid. Walid kejam dengan Raissa. Walid malu dengan salah walid."
Hati anak mana yang tak meruntun sedih kalau ayah kandung minta maaf pada dia. Air mata aku laju mengalir. Kata2 walid menusuk hati aku.
" Raissa nak jujur dengan walid. Raissa dah jumpa mummy. Masa Raissa di hospital lagi. Walid tolong jangan halang Raissa jumpa mummy. Aneeq pun dah jumpa mummy. Kami sebenarnya baru balik jumpa mummy."
Walid peluk aku erat. Aku tergamam. Aku sangka walid akan marah.
" macam mana keadaan Sarah? Walid menyesal. Walid bersalah pada dia. Walid malu nak jujur dengan Raissa. "
" mummy okay. Walid jangan risau. Mummy tak berdendam pun dengan walid. Nanti kita jumpa mummy nak? Bincang hal kahwin Ica?"
Tanpa walid dan aku sedar ada seseorang yang mengintai aku dah walid dari luar bilik.
" kau tunggu Sarah. Kau takkan dapat suami aku balik! Langkah mayat aku dulu. "
Share this novel