Bab 6

Romance Series 4102

Aku melangkah masuk ke rumah abang Aneeq dengan penuh berhati2. Aku sudah keluarkan sedikit baju untuk di pakai malam ni dan esok pagi. Garang ke mak abang ek? Takut pulak rasanya.

"Assalamualaikum mak. Aneeq ni." selepas memberi salam kami masuk dan duduk di sofa. Aku salam mak abang Aneeq. Umur maknya lebih kurang 50 tahun. "ni ye kawan Neeq? Nama siapa?" "nama saya Afeeya Raissa. Panggil Ica je." maknya senyum manis muka maknya. "sedap namanya sesuai dengan orangnya. Cantik Ica ni. Darah kacukan ke.?" tanya mak Aneeq. Aku mengangguk. "ya mummy saya orang Amerika tapi walid orang perak." "makcik pergi dapur sekejap Ica duduk sini dulu ye?" aku menangguk

"abang dah bagi tahu mak abang ke Ica tidur sini? Segan la abang. Ica tidur hotel jela ye?" bulat mata Aneeq pandang aku. "mengada la Ica sekejap lagi Ica masuk bilik Laila ye. Tidur bilik dia." aku mengangguk.

Mak Aneeq ke hadapan membawa air. Serba salah aku jadinya. Sudah la tumpang tidur di sini. Dibagi air pula. Terasa menyusahkan. "minum ye Ica. Lepas ni Ica masuk bilik Laila."

Selesai minum aku basuh cawan di dapur. Walaupun rumah dia biasa je tapi sedap mata memandang. Design rumahnya modern. Sejuk mata memandang.

Raissa masuk ke bilik Laila. Menurut Aneeq Laila dalam perjalanan pulang daripada pahang. Aku baring sebentar cuba menghilangkan beban dikepala. Apa aku nak cakap dengan atok opah nanti. Mahu mengamuk opah, dia bukan suka aku melawan cakap walid. Mummy apa yang jadi sebenarnya ni. Ica buntu. Ica perlukan mummy.

Tanpa sedar Raissa tertidur. Walau matanya berair tangisan kecil tetap ada. Kenangan daripada kecil menghimpit kepalanya. Umi yang meninggalkan dia di pekan. Umi percikkan air panas di lengannya masih tampak kesan lecur itu. Melissa yang tolak dia masuk sungai sewaktu di kampung.

Laila sudah tahu kehadiran kawan perempuam abangnya. Pelik benar dia, itu pertama kali abang kenalkan kawan perempuan dia. Siap ajak tidur rumah lagi tu. Laila melangkah perlahan. Melihat Raissa sedang tidur tapi kelihatan dia tidak lena. Dia bercakap sesuatu Laila tidak perasan apa yang diceritanya. Laila cuba mengejut Raissa tapi dia tidak mahu bangun.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
"Aneeq mak nak tanya siapa perempuan yang Neeq bawak balik tu. Kenapa dia tidur disini?" aku faham bukan mak tak bagi Ica tidur sini tapi mesti mak nak tahu cerita. "macam ni mak, Ica ada masalah dengan walid dia. Kakak tiri dia tuduh dia keluar dari rumah lelaki. Sebab tu balik lambat. Sedang kan Neeq yang bawak Ica balik sebab telifon dia habis bateri. Dia keluar rumah jalan kaki sampai petronas dia call Neeq tu yang Neeq terkejut dia nagis2 call Neeq. Dia baru sampai dari kampung semalam. Dia tinggal dengan atok dan opah dia." hati tua maknya kesiankan Raissa baru nak mencari rezeki begini pula jadinya.

" abang mak cuba tengok kawan abang ni? " jerit Laila dari bilik. Laju Aneeq dan maknya menuju ke bilik.

" panasnya badan kawan kamu ni. Kita bawak ke klinik la ye. Aneeq tolong angkat Ica ni." Laila ambil handbeg Ica segera dia bantu Aneeq

Setiba di hospital Ica terus diberi rawatan dan dimasukkan ke dalam wad. Tekanan darahnya rendah suhu badannya juga tinggi. Kasihannya dekat Ica kata hati kecil Neeq.

" Raissa awak dah sedar? " kepala aku sakit. Aku melihat keadaan sekeliling. Pasti mereka membawa aku ke hospital. "kenapa abang bawak Ica ke sini? Ica okay la."

"Ica sedar dah? Ni mak cik ada bawak bubur untuk Ica. Ica telifon la walid Ica mesti dia risau keadaan Ica." aku mengangguk. Setelah selesai makan aku terus menghubungi walid. Setelah 1 jam walid tiba sendirian. Walid kata hendak bawa aku pulang. Abang Neeq menyuruh aku mengikuti sahaja

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience