Bab 14

Romance Series 4102

Esok dah nak balik kampung. Aku kemas apa yang patut. Esok terus gerak dari tempat kerja. "alah lapar la pulak. Turun la kejap." aku lajukan langkah aku ke bawah.

"Raissa jom makan. Walid baru siap masak ni." walid aku memang pandai masak. Sebab tu dia bukak restaurant sendiri. Cuma aku je tak dapat kebolehan walid.

Melilau mata aku mencari kelibat 3 orang tu. Selalu pantang time makan. Diorang duduk dulu.

"mana diorang semua walid? Dari petang tadi Ica tak nampak."

"ouh, diorang keluar tadi. Jumpa kawan umi. Katanya ada dinner apa ke. Walid tak paham sangat. Jadi kita dinner berdua jela."

Segera aku bancuh air sunquick mango. Aku letak di meja makan. Aku senduk nasi ke pinggan walid. Ayam masak merah, sedapnya.

"sedapnya walid. Lama Ica tak makan masak merah. Thanks walid."

"sebab tu la walid masak. Dah makan banyak banyak. Ni, esok jadi ke Raissa balik dengan Aneeq?"

"jadi walid. Lepas balik kerja terus balik. Tapi abang Afiq ada cakap nak ikut sekali. Tak tahu jadi ke tak."

"ok juga kalau Afiq ikut. Tak ada walid risau."

Selesai makan aku basuh pinggan aku dan walid. Yela walid dah masak aku basuh la pinggan. Kita fair and square right.

"Raissa nanti walid nak jumpa mummy ye? Walid nak bincang tentang majlis Raissa. Tapi rahsia kan dari umi ye."

"baik walid"

Selesai berborak aku minta izin walid untuk ke bilik. Esok nak kerja lagi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sampai di pejabat aku kemas meja boss a.k.a abang aku sendiri. Coffee kena ada atas meja. Hari ni aku pakai baju kurung modern berwarna ungu.

"morning Ica, masuk bilik abang jap." aku angkat tangan menandakan okay.

"morning abang, hari ni abang tak ada meeting dengan sesiapa cuma abang kena sign 3 dokumen ni. And bahagian HR nak jumpa abang."

Aku hulurkan dokumen untuk dia tanda tangan. Selesai dia tanda tangan dia bertanya tentang kepulangan aku di kampung.

"ha, a Ica balik dengan Aneeq. Opah nak jumpa dia. Lepas habis keje Ica gerak la."

"abang ikut sekali boleh? Teringin nak balik kampung. Agak2 opah kenal abang tak?"

"jom la sekali abang. Opah tahu dah tentang abang. Lepas habis kerja kita gerak la."

"ok cun. Tapi lepas jumaat abang tak masuk office dah. Nak kemas barang lepas tu bagi tahu mummy."

Aku keluar daru bilik. Aku menuju ke pantry, haus tekak aku. Segera aku bancuh nescafe 3in1.

"eh Raissa, akak nak tanya ni." fobia aku dengan perkataan tanya ni. Mesti end up kes membawang mencili mengulai. Adehh...

"kenapa kak juli." aku memerhati kak juli yang tersimpul2 senyum. Serba salah la tu nak tanya

"akak cepat la. Saya banyak kerja ni, nak kena siapkan nak balik kampung sekejap lagi."

"alah macam ni. Kau ada apa2 ke dengan boss kita tu. Siap berabang abang." i knew it! Mesti pasal ni.

"saya nak kahwin dah la akak. Abang afiq tu abang saya. Satu mak lain ayah."

"lah nak kahwin dengan siapa. Ada can la aku mengorat abang kau tu. Tak tahu pulak tu abang kau."

"yee abang saya. Tapi dah nak kahwin, jangan nak mengorat dia. Nanti saya report kat tunang dia."

"cakap la kau nak kahwin dengan siapa?"

"akauntant syarikat ni. Encik Aneeq, tu tunang saya."

Membulat mata kak juli dengar abang Neeq tu tunang aku.

"dah akak, saya nak kerja dulu ye."

--------------

"hello abang Neeq, abang turun dulu Ica nak kemas meja. Lepas tu kita ambil abang Afiq kita gerak terus."

"okay jangan lambat sangat. Nanti lewat pulak sampai.

Aku segera melangkah ke lift. Semua dah balik aku tengok jam dah pukul 6. Ya Allah dah lambat. Kenapa lift ni lambat betul. Nak naik tangga ke? Tinggi ni, ikut jela buatnya lift rosak tersangkut aku kat dalam.

Segera aku turun ikut tangga. Boleh tahan seram juga ye tangga ni. Kenapa la abang tak hias tangga ni. Saat aku turun tangga aku rasa seram sejuk. Aku lajukan langkah aku, aku degar ada kaki lain yg ikut aku di belakang. Takut aku nak pandang.

Aku lari turun tangga. Ya Allah siapa dia. Aku pusing melihat siapa di belakang. Lelaki pakai baju hitam ber hoodie. Selamat kan aku daripada dia Ya Allah.

Dia akhirnya dapat aku. Aku cuba melawan. Aku tak berdaya, aku bergelut dengan dia. Aku rasa badan aku melayang menghempas tangga. Ya Allah sakitnya. Dia lari, pandangan mata aku kelam. Aku cuba capai telifon tapi hampa. Segalanya gelap dan itu perkara terakhir aku ingat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience