Bab 3

Romance Series 4102

Memasuki bilik 'tetamu' yang macam istimewa bagi umi. Tak ada la besar mana itu pun kedekut dengan aku. Nak bagi bilik bekas bibik pulak. Tak nak la aku.

"Raissa boleh walid masuk?" pintu sedikit tebuka. Kelihatan walid di muka pintu minta izin memasuki bilikku. Aku tersenyum dan mengangguk.

"esok pagi Raissa kerja ye? Gerak pukul berapa?" "gerak pukul 7 walid sebab Raissa tak tahu nak naik apa lagi esok. Mungkin Raissa call uber atau grab car." awkward sebenarnya. Yela walid jarang bersembang dengan aku. Lagi2 berdua macam ni. Selalu ada atok dan opah. Walid jarang balik sejak kahwin dengan umi. Busy dengan perniagaan katanya. Walid bukak restoran mkn pagi dan tengah hari. Umi tukang masaknya.

"Raissa naik kereta kancil kat bawah tu. Walid belikan untuk Raissa. Maaf la kancil je walid mampu beli." aku senyum hambar. Tak ada kereta pun tak apa walid. Ica dah biasa. "Naik moto pun okay walid. Terima kasih. Tapi esok Raissa naik uber dulu kot. Tak pandai selok belok jalan lagi."

"Raissa nak walid hantar ke esok?" aku terbayang wajah umi ala2 maleficent kalau walid hantar aku. "tak apa walid. Raissa dah biasa sendiri. Walid jangan risau." walid mengangguk dan keluar dari bilik aku.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Permulaan hari ini kena dimulakan dengan ceria. Aku kena stay positif dan kerja dengan baik. Aku dapat gaji nak bagi atok dan opah kemudian aku rancang untuk rumah sewa. Sampai bila duduk dengan walid. Tak bebas aku.

Ping! Ping!

Bunyi uber depan rumah. Kelam kabut aku berlari ke luar rumah. Umi walid waktu macam ni ada di restoran. Melissa dan Maria sahaja di rumah. Masih tidur barangkali.

"sorry abang lambat." aku senyum. Lama diam dalam kereta abang tu bersuara. "dah lama ke kerja di situ?" "tak la hari ni first day bang tu yang gerak awal sikit tu. Abang nak kemana berkemeje ni." pelik aku yela dia pakai kemeje nak buat apa. Kan lagi syok drive pakai t shirt.

"ouh abang kerja kat RW Legacy jugak. Tengok adik nak pergi tempat sama abang terima jela." wah ini kira macam langkah kanan aku la. Jumpa orang kerja sama pejabat. "ouh maksudnya bawak uber ni part time abang la ye." dia hanya tersenyum. "abang kerja sini sebagai apa? Saya sebagai secretary Encik Afiq." "jawatan berpangkat awak dapat tu. Umur awak berapa?" tergelak aku. Yela umur aku 24 boleh pegang jawatan itu.

"umur saya 24 tahun. Lepasan matric. Saya pun tak sangka. Saya minta jadi kerani je. Tapi alhamdulillah rezeki bang. Takkan saya nak tolak." aku melihat abang tu tersenyum. Apa yang dia senyum pun aku tak tahu la.

Tiba di pejabat aku bayar tambang pada abang tu tapi dia tolak pulak. Aku memang nak bayar dia tak nak bukan salah aku kan.

" besarnya company dia. Macam tak sesuai pulak dengan aku." segera aku mengatur langkah memasuki banggunan itu. Aku temui wanita yang berada di lobi.

"hai morning. Nama saya Afeeya Raissa saya datang nak lapor diri. Saya perkerja baru. Secretary Encik Afiq." wanita itu senyum dan mendail nombor seseorg. "baik la awak masuk lift tekan nombor 13 awak jumpa Puan Juli" "baiklah terima kasih ye?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience