Bab 11

Romance Series 4102

Aku teman mummy memasak. Seronok rasanya. Teringat opah dan atok, setiap malam aku akan hubungi mereka bertanyakan khabar.

"Ica, Neeq tu suka makan apa?" hehehe. Aku pun tak pernah tanya. "mana la Ica tahu mummy. Ica bertunang dengan dia tak sampai seminggu pun." "apa la Ica ni. Kita perempuan kena la tahu manu favourite dia. Nanti dah kahwin kena la tambat hati dia." aku menggangguk sahaja.

"pandai ke budak tu masak mummy? Jangan bagi rentung. Even ayah dokter pun Afiq tak sanggup sakit perut. Hahahaha" nak kena betul la mamat ni. Aku berlari kejar dia. Habis satu rumah kami pusing. "enough both of you!" serta merta kami berhenti.

"abang ni mummy. Saja je nak kenakan Ica." Afiq dah senyum kemenangan. Kening aku angkat sebelah seriously bro? "dah tolong mummy sini. Tak payah layan abang tu."

Sambil jalan ke dapur aku sempat jelir lidah. "mummy nak Ica buat apa ni?" "Ica tolong potong sayur. Ayah on the way balik tu." aku menggangguk lantas tangan aku laju buat kerja? Apa ingat aku tak boleh masak? Author ni je jarang tulis aku masak. Eh eh? Aku pulak kena.

Selesai masak aku siap hidang semua atas meja. Perfect! Kami masak ikan siakap sweetsour, udang masak sambal, sayur dengan telur dadar. Mummy cerita ayah aku tu tak suka makan ikan campur ayam. So kalau ikan semua akan berunsurkan seafood. Loceng rumah berbunyi segera aku pergi ke pintu. Mesti abang Neeq!

"abang!" ok aku tergamam. Malu babe. Siapa pula dia ni? "sorry encik nak cari siapa?" "you must be Raissa right?" kepala aku menggangguk perlahan. "saya suami mummy kamu." adeh! Lupa pulak aku. Lantas kepala aku ditepuk. Time2 macam ni kau tak berfungsi.

"sorry ayah? Ayah kan?" tersenyum dia melihat Ica. "iye ayah. Mummy mana? Raissa datang dengan siapa?" "datang dengan Afiq." jawab Afiq yang ada di dapur. Ayah melangkah masuk. Mummy terus salam ayah. Aku gembira melihat keluarga aku sekarang. Perfect!

"sayang masak apa?" "saya masak your favourite food la." aku dengan Afiq duduk di gazebo tepi rumah. Saja sementara tunggu abang Neeq. Dia dah gerak katanya. Melilau mata aku melihat kawasan rumah ni. Strategic, nak kata besar tak kecil pun tak.

"adik, kau duduk dengan sapa sebelum ni?" aku mengeluh perlahan. "duduk dengan atok dan opah dekat kampung." "kenapa tak duduk dengan walid?" "sebab walid kahwin dengan umi so takkan nak duduk dengan walid kan? Lagi pun lepas walid bercerai dengan mummy kan Ica kecil lagi so opah dan atok la yang jaga."

×××××××××××××××××
"sayang, abang nak tanya ni?" sarah melihat suaminya itu. "kenapa abang" "awak tak nak ke ajak Raissa duduk sini? Dengan kita? Awak mesti rindukan dia kan?" Sarah senyum memandang suami dia. "bagi ke Farid tu abang? Mak mana yang nak berpisah dengan anak anak dia? Kalau boleh saya nak pusing masa saya nak tengok Ica membesar. Saya nak bagi kasih sayang saya sepenuhnya. Tapi Allah dah tetapkan ini jalannya. Saya kena redho."

Mengalir air mata Sarah. Itu yang dia rasakan. Kehilangan anak bukan satu benda yang mudah. " abang cuma nak sayang tahu kalau Raissa nak duduk sini abang tak kisah. Dah jangan la sedih sedih. Nanti anak anak ingat abang marah mummy diorang pula." senyum terukir di bibir Sarah. Senyuman yang lama terpadam hari ni aku senyum seikhlas hati aku.

×××××××××××××××××

Laju kaki Raissa berlari pada Neeq. "hey sayang. Apa lari lari ni. Jatuh baru tahu. Panas tak badan ni? Hmm?" ala suara husky dia ni suka buat aku melted. "dah la, abang jom masuk. Ica nak kenalkan abang dengan mummy, ayah dan abang Ica!" yee aku masih ada keluarga yang aku sangka tiada.

Saat aku dan Neeq melangkah masuk abang laju menuju ke arah aku. "ni tunang kau Ica?!" terhijut bahu aku. Aku lihat abang Neeq terkejut dan abang Afiq pula berkerut kening dia. "abang ni kenapa? Tanya la elok2. Kan Ica dah cakap tunang Ica pekerja abang juga."

"hahahahaha. Kau tunang adik aku? Like seriously bro?" "kau ke abang Ica? Kalau kau abang dia tak yah kenal pun tak apa" wait diorg kawan ke? Mummy dan ayah lantas ke hadapan kerana dengar bunyi bising. "what's wrong?" tanya mummy.

"kalau mummy nak tahu. Tunang Ica ni la accountants syarikat. Tak sangka pula bakan adik ipar fiq. Kalau tahu awal awal fiq reject." aku ketuk kepala abang. "sengal punya abang." mummy dan ayah tergelak melihat keletah aku bersama abang.

"depan tetamu jangan buat perangai. Neeq jom makan. Mummy dah masak special." "untuk dia mummy masak? Eh Neeq kau sapa sial nak dapat makanan special" hahaha kuat gaduh korang ni. Langkah aku dipercepatkan ke meja makan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience