Bab 4

Romance Series 4102

Melangkah masuk ke ruangan yang disediakan untuk aku. Melihat keindahan ruangan itu terpesona rasanya. Campuran warna pastel dihiasi bunga orked menaikkan serinya lagi.

"in my room now!" Encik Afiq menjerit memanggil Raissa. "ye saya Encik?" terketar rasanya. Bukan nak kata muka boss aku ni tapi tak ada la menarik minatku. Kulit sawo matang.

"Afeeya saya rasa Puan Juli dah bagi tahu skop kerja awak kan?" "ye Encik" dia menghampiri aku. Berpeluh rasanya. "so where is my coffee!!" satu pejabar boleh gegar dengan suara dia. Aku pun macam mana la boleh lupa.

Segera aku melangkah kaki menuju ke pantry. Membancuh coffee monster tu. Daripada dia mengamuk baik sediakan secepat mungkin.

"boss ni coffeenya." segera aku letak atas mejanya. "keluar" senada seharkat seirama.
"baik encik."

Waktu bekerja hari ini aku berjumpa kak noni, kak juli, zamri. Yang lain mungkin esok aku akan jumpa. Pelik kenapa aku tak jumpa pemandu uber tadi. Dia kata kerja disini. Lupa pulak nak tanya dia bahagian apa.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

"Raissa balik naik apa hari ini?" tanya kak noni "uber kak tapi lewat sikit la kot. Ada kerja lagi ni." sejak bila pandai menipu ni Ica. Haish aku tengok harga uber mahal sangat. Kalau tunggu malam sikit mungkin lagi murah.

Jam menunjukkan pukul 8 malam. Aku cek uber tadi dah murah. Boss masih belom balik aku pun cabut la cepat daripada dia tanya macam2 baik aku balik dulu.
Bateri apasal punca sangat ni!!!!!!!! 1% to 0% aku nak call uber macam mana. Meraung weh. Teksi jela nampak gayanya. Nak sangat berjimat kan. Melebur lagi ada la.

Aku menuju ke teksi stand depan office ni. Berharap ada teksi. Dalam 30 minit aku tunggu tapi hampa. Sekali ada kereta berhenti. Dibuka tingkap. Tekejut aku. Abang uber tadi la.

"abang nak naik uber boleh tak. Bateri phone mati la." nak menangis rasanya. "boleh naik jela. Abang pun baru nak balik ni. Kenapa lewat balik. Boss garang ke." tergelak aku "tak la abang. Tadi tengok uber mahal sangat sebab jem kot. So saya tunggu lewat sikit. Tengok dah murah lupa pulak nak cek bateri. Sampai bawah tengok bateri dah habis" panjang penerangan aku.

"nanti pergi balik kerja tumpang abang jela." kancil bapak aku beli nak letak mana. Tapi okay jugak kot. Takut jugak nak drive kat KL ni. Kena cekap dan pantas. Tapi nantu walid marah tak? Tak apa la aku cuba slow talk dulu.

"saya tanya walid dulu la abang. Karang kalau walid bagi saya whatsapp abang. Tapi saya bayar tambang. Tak nak la tumpang saja. Abang nak tanya ni." sebelum aku lupa aku nak tanya abang ni kerja bahagian mana. "apa dia?" "abang kata abang kerja dekat RW Legacy kan? Kenapa tadi saya tak bertembung dengan abang?"

"abang kerja department lain. Abang accountant syarikat. Baru je 2 tahun kerja di situ." nak ikutkan aku bukan la kaki sembang. Lagi2 dengan lelaki yang baru aku kenal. Tapi dengan brother uber ni aku rasa seronok nak bercerita.

"nama abang siapa?" "Aneeq. Nama awk siapa?" nak juga aneeq tahu siapa nama gadis itu. Muka dia nampak lain. Alis mata dia hidung dia. Walaupun badannya tidak langsing tapi muka dia manis. "Afeeya Raissa nama saya. Panggil Ica je." baru sedar nama tu famila je panggil kan? In fact walid pun tak panggil aku Ica kau dah kenapa Ica. Baru hari ni kot kenal mamat ni. Tak kan tangkap cintan kot.

"sedap nama Ica. Macam tuannya. Okay kita dah sampai. Ingat kalau jadi whatsapp abang. Abang tunggu." aku mengangguk. Lepas keluar kereta aku lihat walid di muka pintu mukanya tak macam selalu. Am i in trouble?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience