Bab 5

Romance Series 4102

Melangkah masuk penuh ketakutan. Aku tak tahu apa yang bermain di fikiran walid. Aku masuk ke rumah muka umi tersenyum. And i sense something fishy.

"Assalamualaikum walid. Ada apa ramai2 kat sini. Raissa baru sampai jalan jem." walid mendengus kasar. Seriously aku baru kat rumah ni satu malam kot tak kan walid nak buat aku macam ni. "tengok jam pukul brp Raissa. Balik kerja pukul 5.30 xkan 9.30 baru sampai rumah. Melissa nampak Raissa keluar dari rumah lelaki. Lelaki mana?!" suara walid semakin meninggi.

"walid seriously? Raissa pergi kerja. My phone out of bateri. Bila pulak Raissa pergi rumah lelaki. Begitu rendah walid pandang Raissa kan?" sampai hati walid. Aku dituduh begitu kejam. Baru sehari aku bekerja Melissa tuduh aku macam ni. Apa salah aku.

"you know what i rasa better i keluar daripada rumah walid. Raissa tak rasa ada orang suka pun Raissa menumpang dalam rumah ni." "jangan nak twist cerita Raissa. Melissa tak pernah tipu walid." mengalir air mata yang aku tahan selama ini. Walid kejam dengan aku malam ni.

Segera aku berlari ke bilik aku dengar walid menjerit memanggil aku. Segera aku kemas barang aku. Ya Allah perit ujian mu kali ini. Aku redo atas hinaan ini. Tapi aku tak sanggup jalani sebegini. Aku tak bersalah. Dunia aku terasa kelam seketika. Bayangan atok dan opah dalam fikiran aku.

"saya mintak izin walid keluar daripada rumah ni. Saya tak kan bagi tahu atok dan opah. Nanti mereka susah hati. Saya harap hal yang sama daripada walid." walid yang tadi duduk kini di hadapan aku. "Raissa dan mummy Raissa sama. Tak pernah menjaga hubungan dengan lelaki. Sorang tertangkap berpeluk dengan lelaki. Yang anak pulak keluar daripada rumah lelaki. Walid malu dengan Raissa" sekali lagi menitik air mata aku. Cerita yang tak pernah aku dengar daripada walid tentang ibu kandung aku. Begitu rendah darjat kami di mata walid.

"walid u listen to me. Sejak walid kahwin dengan umi mana hak Raissa. Nafkah Raissa daripada zahir dan batin dibagi oleh atok dan opah. Kasih sayang dan perhatian yang Raissa perlukan. Wang belanja sendiri atok yang susah payah cari. Kerja di bendang walaupun semakin uzur. Raissa kerja sebab nak tolong atok opah tapi ni yang Raissa dapat. Terima kasih Melissa kau mudahkan urusan aku keluar daripada rumah ni. Selagi aku hidup aku takkan maafkan kau. Ingat tu. " aku bawa kaki aku melangkah. Entah kemana. Bateri handphone dah habis. Siapa nak aku hubungi.

" abang Aneeq kat mana. Macam mana nak call. Aku nak kemana. " segera aku menuju ke petronas ditaman ini. Segera aku caj telefon ku. Setelah 5 minit aku cuba menelefon abang Aneeq.

"abang. Ada mana Ica nak mintak tolong abang ni." aku dah menangis tidak aku peduli orang memandang aku.

"Ica calm down kenapa ni? Slow2. Ica nak mintak tolong apa?" tersedu2 aku. "ambil Ica dekat petronas dekat rumah Ica boleh?" selepas abang aneeq bersetuju aku tanggalkan caj dan aku segera solat isyak. Setelah solat aku keluar abang Aneeq dah ada di depan petronas. Aku segera memasuki kereta abang Aneeq.

"Ica dah makan?" aku menggeleng. Pening kepala aku. Mata pun bengkak. "jom pergi makan nak?" selera sudah hilang kemana. Aku menggeleng. "Ica nak pergi ke mana ni bawak beg semua ni?" apa aku nak jawab. Kemana aku nak pergi. "abang hotel satu malam ada yang murah tak?" "ica nak tidur hotel? Kenapa ni?"

"Ica keluar dari rumah. Walid dah melampau. Ica tak boleh tahan. Ica tak nak balik kampung. Nanti atok opah susah hati. Ica kena kerja nak tolong atok opah." walaupun baru sehari aku kenal abang Aneeq tapi aku mampu menangis depan dia. Di sini dia sahaja yang aku kenal. " macam ni. Kita pergi makan dulu Ica kena isi perut jugak. Nanti sakit susah kan? Macam ni malam ni Ica tidur rumah abang dulu. Lepas tu baru kita fikir Ica nak duduk mana. Okay?" aku terdiam tadi dituduh keluar dari rumah lelaki takkan aku nak tidur rumah dia. Dia lelaki aku perempuan buatnya kena tangkap halwat lagi naya. " jangan risau abang duduk dengan family abang. Mak dengan adik perempuan abang. Takkan abang nak tinggal berdua dengan Ica. Lagi pun bahaya Ica tidur hotel budget di sini." begitu penjelasan abang Aneeq. Aku setuju kalau begitu.

Setelah selesai makan aku segera dibawak ke rumah abang Aneeq.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience