BAB 1

Humor Completed 1313

“Selamat pagi, bos!” Sapa Imelda ceria sebaik sahaja melihat Firass
melangkahkan kakinya masuk ke dalam pejabat. Firass hanya menoleh tanpa
sebarang senyuman seperti biasa. Dia dan wajah sombongnya setiap pagi.
Imelda mencebik bosan.

“Huh, kekwat!” cemuh Imelda perlahan sebelum mengambil tempat lalu
menyambung semula kerjanya.

“Imelda,” panggil Firass tiba-tiba. Imelda yang baru sahaja ingin mengetuk
papan kekunci terhenti lalu mengangkat muka memandang Firass .

“Ya, Bos?” Imelda sudah berdiri memandang Firass .

“Masuk bilik saya. Saya ada benda penting nak beritahu,” arah Firass
sambil memasuki biliknya. Imelda angguk lalu membuntuti Firass ke biliknya.

“Ada apa bos?” tanya Imelda sebaik sahaja Firass menghempaskan dirinya di
atas kerusi. Firass tidak menjawab. Lama dia memandang Imelda. Gamam
Imelda apabila Firass merenungnya sebegitu rupa. Tidak semena-mena Firass
tersenyum. Terjungkit kening Imelda memandang lelaki itu. Tidak sihatkah
bosnya hari ini? Fikir Imelda sendirian.

“Kenapa bos senyum?” tanya Imelda ingin tahu walaupun jantungnya
berdegup kencang waktu itu. Firass tersengih.

“Awak ingat saya senyum sebab awak ke? Beranganlah. Saya senyum sebab
proposal saya untuk dapatkan tender dari Syarikat Harmonium tu dah
diterima!” Imelda menjungkit bibir sedikit mendengar jawapan Firass yang
padanya agak kejam itu.

“Aku pun tak berangan kau senyum kat aku,” gumam Imelda perlahan.

“Excuse me, awak cakap dengan saya ke cik Imelda?” tanya Firass
melihatkan mulut Imelda terkumat-kamit seperti sedang mengatakan
sesuatu. Imelda geleng lalu mengukir senyum tipis.

“No, I’m talking to the moon!” bisik Imelda di dalam hatinya geram.

“So, tujuan saya panggil awak ni. Saya nak awak siapkan pembentangan
untuk meeting dengan Syarikat Harmonium tu esok. Saya akan bagi
proposalnya pada awak dan awak siapkan power pointnya ya,” terang
Firass . Bulat mata Imelda memandang Firass . Sekali lagi, kenapa dia? Firass
suka begitu. Memberi kerja-kerja penting kepadanya diwaktu-waktu akhir.
Imelda mengeluh.

“Tapi, bos. Sekarang ni pun dah banyak kerja saya nak kena siapkan
petang ni. Kenapa bos tak suruh orang lain je?” ujar Imelda
teragak-agak. Firass merenung Imelda tajam. Cuak Imelda dibuatnya. Firass
mulai bangun dari kerusi didudukinya lalu menghampiri Imelda. Dia
berterusan merenung Imelda dengan pandangan yang tajam sambil berpeluk
tubuh. Imelda tunduk.

“Imelda, who are the bos now?” duga Firass . Imelda melepaskan keluhan
perlahan.

“Bos,” pendek sahaja jawab Imelda.

“So, sebagai pekerja, awak kena jalankan semua arahan saya without any
question! You have plenty of time at night right? So, jangan banyak
songel. Finish it tonight!” Arah Firass tegas dengan suara tinggi.
Imelda tidak terkejut. Dia sudah biasa mendengar tengkingan ‘singa
kekwat’ itu. Cuma, entah kenapa, setiap kali Firass menengkingnya,
perasaan wanitanya akan terluka. Hatinya sakit.

“Baiklah, saya akan habiskan malam ni juga. Kalau tak ada apa-apa lagi,
saya keluar dulu ya bos,” jawab Imelda. Perlahan sahaja suaranya. Firass
hanya memerhati Imelda menyusun langkah. Firass tahu, Imelda terluka.
Namun, itu sahaja yang mampu dilakukannya untuk menyembunyikan
perasaannya terhadap gadis itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience