BAB 3

Humor Completed 1313

Imelda sedar, hari itu satu musibah yang amat besar bakal menimpanya.
Pada pagi yang sangat penting itu, tayar keretanya pancit di tengah
jalan. Telefon bimbitnya kehabisan bateri. Malah, lebih teruk lagi,
pendrive yang menyimpan maklumat penting pembentangan untuk mensyuarat
pagi itu tertinggal di rumah. Selepas menukar tayar, Imelda terpaksa
kembali semula ke rumah sewanya untuk mengambil pendrive tersebut. Dan
selepas mengambil pendrivenya itu, jarum jam sudahpun menunjukkan jam
10:30 pagi! Dia benar-benar yakin musibah besar akan menimpanya sebaik
sahaja dia sampai ke pejabat nanti. Dia sudah keluar dari rumah seawal
jam 8:30 pagi dan dia benar-benar tidak menyangka semua perkara tadi
berlaku kepadanya. Dia tetap cuba menggagahkan dirinya untuk ke pejabat.

Sebaik sahaja tiba dipejabat, Suria yang merupakan sahabat baiknya
segera mendapatkannya.

“Mel, kau pergi mana? Kenapa aku telefon kau tak dapat?” tanya Suria
gusar. Imelda menahan airmatanya. Perasaannya tatkala itu sudah
bercampur baur.

“Nanti aku explain. Sekarang ni, mana bos? Meeting dengan Syarikat
Harmonium tu macam mana?” tanya Imelda cemas. Wajah Suria tiba-tiba pucat.

“Where have you been Imelda?” tengking Firass yang sudah berdiri
terpacak di belakang Imelda. Suria pantas berjalan ke arah mejanya
semula. Gugur jantung Imelda mendengar suara tengkingan Firass yang
bagaikan petir itu. Imelda menoleh.

“Bos. Saya boleh jelaskan. Saya. Saya,” luah Imelda serba salah. Wajah
Firass sudah mencerut marah.

“Awak tahu kan, meeting pagi ni penting? Saya dah pesan kat awak supaya
sampai tepat pukul 9:00 pagi! Tapi, ke mana awak pergi? Ke mana perginya
telefon awak? I’ve lost a very important project because of your
mistake! Awak tahu tak?” marah Firass . Berkepul-kepul asap keluar dari
telinganya. Imelda jadi serba salah. Airmatanya ditahan. Dia tidak
sengaja melakukan kesilapan seperti itu. Jadi, saat itu dia benar-benar
berharap Firass akan memberinya peluang sekurang-kurangnya untuk
menjelaskan apa yang telah terjadi.

“Bos. Saya tahu saya salah. Tapi, saya tak sengaja. Saya ada sebab.
Please, let me explain,” rayu Imelda. Firass sudah berpeluk tubuh.
Wajahnya merah padam.

“I don’t need your silly excuses. Mulai hari ni, awak bukan lagi
pekerja Kamal Bakri Sdn Bhd. Imelda Sofea, you’re fired!” jerit Firass
membuatkan Imelda terkedu dan semua pekerja di situ terkedu. Airmata
Imelda mengalir laju. Dia benar-benar tidak menyangka dia akan dipecat
dengan cara yang begitu memalukan di hadapan semua orang hanya kesilapan
yang tidak disengajakan.

“Kemas barang-barang awak dan pergi! Saya tak nak tengok muka awak
lagi!” arah Firass tegas lalu berlalu ke arah biliknya. Imelda gamam. Dia
tidak tahu apa yang harus diperkatakannya. Dia benar-benar sedih dengan
apa yang berlaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience