BAB 6

Humor Completed 1313

Sebaik sahaja sampai di hospital, suasana begitu suram sekali. Kelihatan
ibu dan bapa Firass yang sugul di kerusi tempat menunggu. Imelda serba
salah. Dia merasakan ini semua salahnya. Perlahan dia menghampiri ibu
dan bapa Firass dan menyalami mereka berdua. Puan Seri Zalina sempat
mengukir senyum tipis begitu juga dengan Tan Sri Kamal Bakri.

“Awak Imelda ke?” tanya Puan Seri Zalina. Imelda senyum lalu angguk.
Suria tidak bersama Imelda saat itu kerana dia ingin ke tandas.

“Ya. Saya,” jawab Imelda perlahan. Hatinya sayu melihat wajah kedua-dua
ibu bapa Firass .

“Firass ada kat dalam. Dia nak sangat jumpa awak. Pergilah,” ujar Puan
Seri Zalina. Imelda menahan sebak lalu melangkah masuk ke dalam wad di
mana Firass ditempatkan. Dia lihat Firass terbaring lesu, dengan kepala yang
berbalut. Imelda menguatkan semangatnya lalu menghampiri Firass .

“Imelda Sofea,” ujar Firass seperti berbisik. Imelda menahan airmatanya.

“Ya, Firass . Saya dah datang ni,” lembut sahaja Imelda menjawab. Dia lihat
Firass membuka matanya perlahan-lahan. Firass menguntum senyuman manis.
Imelda semakin sebak.

“Terima kasih sebab datang. Saya nak minta maaf dengan awak. Sebab dah
marah awak. Sebab tak beri awak peluang untuk jelaskan apa yang
terjadi,” luah Firass . Imelda angguk.

“Ya, saya maafkan. Sudahlah. Saya tak marah lagi. Awak rehat. Jangan
banyak bercakap,” pesan Imelda.

“Imelda, terima kasih juga sebab dah dapatkan tender tu balik,” ucap
Firass . Akhirnya airmata Imelda menitis juga. Namun cepat-cepat dia
menyeka airmata itu.

“Tak apa, itu tanggungjawab saya,” balas Imelda. Firass senyum.

“Imelda Sofea. Sebenarnya saya sukakan awak. I love you,” ujar Firass
tiba-tiba. Terkejut Imelda dibuatnya. Mungkinkah itu tandanya Firass akan
pergi meninggalkannya? Airmata Imelda menitis laju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience