BAB 5

Humor Completed 1313

Petang itu, Imelda menerima kunjungan Suria. Namun, Suria datang dalam
keadaan yang teramat cemas. Dia sendiri tidak tahu mengapa.

“Su, kau ni kenapa? Cemas je?” tanya Imelda gusar. Suria muram.

“Aku ada berita buruk nak beritahu ni,” ujar Suria perlahan. Hati Imelda
mula merasa tidak sedap. Berita buruk apakah?

“Firass accident. Teruk. Teruk sangat,” beritahu Suria. Bulat mata
Imelda mendengar berita itu. Jantungnya berdegup kencang.

“Firass ? Ya Allah! Macam mana dia boleh accident pulak?” tanya Imelda.
Airmatanya mengalir.

“Macam ni, aku pinjamkan nombor aku yang satu lagi tu kat dia. Sebab dia
nak sangat jumpa kau. Lepas tu, kan tengahari tadi dia ada call kau
guna nombor aku. Tapi, kau tak angkat. Lepas tu banyak kali dia cuba,
tapi tak boleh. Masa dia call kau tu, dia tengah drive. Disebabkan
leka, dia terbabas,” terang Suria bersungguh. Terduduk Imelda dibuatnya.
Airmatanya turun mencurah bagaikan hujan.

“Kenapa dia nak jumpa aku?” Imelda sudah tergagap.

“Syarikat Harmonium dah tarik balik keputusan dia orang. Dia orang tak
jadi nak tarik projek tu daripada syarikat kita. Pengarah tu jelaskan
semuanya kat Firass yang kau datang minta maaf kat dia. Firass jadi serba
salah. Jadi, dia nak minta maaf pada kau. Tak sangka pula jadi macam
ni,” terang Suria lagi. Imelda dihentam rasa bersalah yang bertubi-tubi.
Jiwanya dipalu kesedihan yang teramat sangat!

“Sekarang ni dia kat ICU. Jomlah kita pergi lawat dia. Lagipun dia nak
sangat nak jumpa dengan kau. Aku takut tak sempat,” gesa Suria lagi.
Imelda menurut dengan hati yang hancur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience