BAB 2

Humor Completed 1313

Jarum jam sudah menunjukkan 9:30 malam. Perut Imelda sudah mulai
bernyanyi-nyanyi. Baru dia perasan, dari petang tadi dia leka menyiapkan
pembentangan yang diarahkan Firass . Dia merebahkan badannya seketika.
Matanya dipejam rapat. Pembentangan itu sudah disiapkan. Dia mahu
merehatkan dirinya sebentar. Mungkin sebentar lagi baru dia akan pulang
ke rumah. Lagipun perutnya benar-benar lapar. Terasa tidak berdaya mahu
berjalan. Kalaulah ada sesiapa yang datang dan membawakannya makanan.
Indahnya dunia! Tiba-tiba bau wangi menerpa hidungnya. Seram sejuk dia
dibuatnya. Dia tidak berani membuka mata. Semakin lama semakin dekat.
Kecut perut Imelda. Siapa pula yang memakai wangian begitu kuat pada
waktu malam-malam begini? Lagipun, dia bersendirian di pejabat.

“Takkanlah pak gad kot. Ish. Sejak bila pulak pak gad ronda sampai masuk
office? Eh, sekejap. Kenapa macam bau minyak Dashing je?” Imelda
berteka-teki sendiri. Matanya mulai dibuka. Namun dia tidak berani menoleh.

“Kerja dah siap?” sapa satu suara yang amat dikenali Imelda. Pantas
Imelda menoleh. Wajah Firass terjengul di belakangnya. Firass tersenyum
sambil meletakkan bungkusan KFC di atas meja Imelda. Imelda hanya
memandang. Firass duduk bertenggek di atas meja Imelda.

“Dah. Bos buat apa datang sini?” itu sahaja yang keluar dari mulut
Imelda. Sebenarnya, itu bukan pertama kali Firass datang ke pejabat dan
memantau kerjanya apabila dia harus bekerja hingga lewat malam. Tapi,
entahlah. Setiap kali Firass datang, setiap kali itulah Imelda akan
terkejut dan tertanya-tanya, kenapa Firass hanya datang memantau apabila
dia terpaksa bekerja hingga lewat malam? Pekerja lain Firass tidak pernah
pantau. Firass hanya buat muka selamba memandang.

“Kebetulan lalu. Saya singgahlah. Dah, jangan banyak tanya. Makan ni,”
ujar Firass cuba berselindung. Disebabkan kelaparan, dia terus sahaja
menerkam KFC yang dibawa Firass tadi tanpa banyak bicara. Sedang leka
menikmati juadah yang dibawa Firass , sesekali dia mengerling ke arah
lelaki itu. Dadanya bergetaran melihat Firass memakai kemeja T yang
melekap pada tubuh dan seluar pendek separas lutut.

“Dah habis makan? Kalau dah, kemas cepat. Dah malam ni. Saya hantar awak
balik,” arah Firass . Imelda angguk. Kebetulan hari itu dia memang tidak
memandu ke tempat kerja kerana dia menaiki kereta Suria.

“Bos ambillah pendrive ni. Nanti esok senang,” ujar Imelda selepas
berkemas sambil menghulurkan pendrive kepada Firass . Firass menggeleng.

“Nope. Awak simpan. Esok bagi saya. Tepat pukul 9:00 pagi dah ada kat
pejabat ya. Jangan lambat!” pesan Firass . Imelda senyum lalu menyimpan
pendrive itu ke dalam begnya. Tanpa Imelda sedari, segaris senyumannya
tadi telah meragut sekeping hati Firass !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience