BAB 6

Romance Completed 7586

“ Apa maksud awak ni Liya? Kalau bencikan saya sekalipun jangan memfitnah!”

“Fitnah? Biar saya buktikan ya…” Liya lantas menyeluk beg tangannya lalu mengeluarkan telefon Kamal.

“ Salam sayang…? U buat apa tu? Seharian tak call I nape? I th la hari minggu tapi I rindula…”

“In sms awak kan?” Wardah hanya mengangguk.

“Pertama, awak tidak berhak memanggil Kamal dengan panggilan ‘sayang’ sedangkan panggilan itu mampu menaikkan ghairah lelaki yang bukan mahram awak. Kedua, awak tidak berhak merindui dia kerana Kamal bukan suami awak. Ketiga, awak tak berhak mempertikaikan sebab kenapa Kamal tidak menghubungi awak kerana Kamal sememangnya berhak untuk tidak menghubungi awak. Keempat, awak tidak berhak mempertikaikan masa sekangnya ketika cuti kerana masa itu adalah masa untuk kami berdua! ”

Wardah bagai mahu melarikan diri. Dia tidak mahu Liya membaca sms-smsnya yang lain. Dia malu…sangat-sangat malu. Dia bagai mahu memberitahu Liya agar berhenti.

Dia taidak mahu lagi mendengarnya. Dia terasa bagai semua mata memandangnya. Jantungnya berdegup kencang. Pipinya bagaikan kemerahan. Tubuhnya bagai kaku dan beku. Tidak mampu berbuat apa-apa.

“Mudahnya hak-hak itu dituntut tanpa rasa silu. Mudahnya kekurangan seseorang dipergunakan sebagai alasan. Mudahnya juga seseorang melafazkan janji dengan beralaskan cinta. Begitulah juga sewaktu Kamal melafazkan janji untuk tidak berkahwin lagi saat kami diijabkabulkan. Tetapi tengoklah sekarang ini. Saya tidak pernah menolak poligami tetapi saya juga tidak pandai menipu diri sendiri. Saya cuma mahu memberitahu bahawa saya tidak akan bersetuju dengan perkahwinan ini. Keputusan saya muktamad. Inilah keputusan bagi istikharah saya. Jujur saya katakan sekiranya Kamal ingin meneruskan perkahwinan ini, saya akan minta dilepaskan dan saya redha. Sekiranya awak berjuang demi cinta awak. Saya lebih lagi berhak berjuang untuk cinta dan perkahwinan saya.”

“Liya…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience