BAB 4

Romance Completed 7586

Selepas makan malam, aku mendekati Kamal yang sedang membaca. Ku bersimpuh duduk di sampingnya. Tangannya ku pegang lembut. Buat seketika kata-kataku tergumam dirongga tekak.

“Abang…Siang tadi Nani datang jumpa Sayang.”

“Emm…”

“Dia tunjukkan gambar ni. ” Ku tunjukkan gambar yang telah dihantar oleh Nani ke telefon bimbitku. Kamal kelihatan sedikit terkejut.

“Sayang tahu abang hanya makan jekan? Tapi bang….Dalam tempoh sebulan ni Sayang tidak pernah lupa permintaan abang malam hari tu. Malah makin hari makin jelas kedengaran. Hampir setiap malam sayang beristikharah memohon agar Yang Esa memberi petunjuk walaupun hati tidak rela”

Kamal hanya diam membisu. Dia tahu dan sedar isterinya sedang bertarung dengan perasaan. Masih terdengar suara lembut Liya merintih pada setiap malam di tikar sejadah memohon agar diberi kesabaran.

Dia tahu betapa mulianya seorang wanita bernama Aliya. Dia sepatutnya beruntung dikurniakan isteri sepertinya tetapi dia tidak mampu mengawal hatinya. Cinta kedua datang tanpa diduga.

“Walaupun Sayang tidak bersuara, tidak bermakna Sayang tidak memikirkannya. Sayang percaya Abang tidak akan berdusta tapi…Sayang mohon dengan sepenuh jiwa agar abang mahupun dia supaya tidak mencetuskan sesuatu yang boleh mengganggu istikharah Sayang. Tolonglah…sayang rayu.”

Disaat itu kata-kata tidak mampu lagi diluahkan, hanya pandangan sendu ini kuharapkan mampu menyampaikan bahawa hatiku ini sedang terluka. Kamal mencium dahiku lalu merangkulku kejap.

Tangannya lembut mengusap belakangku sekali gus meleraikan gugus-gugus airmata yang sekian lama ku tahan dari pandangannya. Tidak sanggup ku fikirkan andainya tangan yang sama ini akan merangkul wanita lain. Sebak ini makin dipalu-palu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience