BAB 5

Romance Completed 7586

Sudah sebulan Kamal ke Arab Saudi menjalankan tugas sebagai salah seorang senior engineer di syarikatnya. Aku rasa sudah tiba masanya aku bersemuka dengan Wardah.

“Liya…saya…saya minta maaf” Begitulah bicara Wardah di awal pertemuan.

“Kenapa Wardah? Kenapa mesti Kamal? Dan kenapa mesti saya yang menderita? Saya tidak pernah menyakiti hati awak Wardah. Atau sememangnya ada? ” Wardah menggelengkan kepalanya.

“Maafkan saya. Saya juga tidak menyangka saya akan jatuh cinta dengan Kamal. It just happen Aliya. Lagipun saya bukan nak merampas dia daripada awak Liya, saya hanya mahu berkongsi kasih.”

“Mudahnya awak bercakap. Setiap sesuatu mesti ada permulaannya. Tak akan berbunyi jika tangan menepuk angin Wardah.”

“Ingat tak saya pernah kemalangan dan koma dua minggu? Waktu itu Kamal yang bawa saya ke hospital. Melawat saya dan menguruskan saya. Sikap tanggungjawabnya itu membuatkan saya jatuh cinta dan akhirnya rela bermadu, apatah lagi apabila saya terfikirkan awak seorang yang lemah lembut. Saya harap Aliya dan Kamal sama-sama membantu saya. ”

“Wardah…pernahkah awak letakkan diri awak di tempat saya? Tidakkah awak merasa berdosa mengganggu gugat hubungan suami isteri yang halal dan berdiri di atas syariat ini? Tidakkah awak berasa berdosa mengungkapkan kata-kata sayang dan rindu terhadap lelaki yang bukan mahram dan suami orang? Tidakkah awak berasa betapa awak pentingkan diri sendiri kerana mendesak saya ke jalan buntu? Membina cinta di atas airmata orang lain? Tidakkah awak terfikir betapa berdosanya saya berburuk sangka terhadap suami kerana hubungan cinta awak ini?”

“Saya tahu saya silap. Tetapi saya terlalu cintakan Kamal. Saya janji saya tidak akan menuntut apa-apa kecuali hak saya. Saya berjanji Kamal akan bersikap adil Liya. Lagipun izinkan saya memberi zuriat untuk lelaki yang kita sama-sama cintai Liya. Tak mahukah Liya melihat lelaki yang kita cintai hidup bahagia?”

“Bagaimana saya mahu percaya Wardah? Sedangkan tanpa hubungan apa-apa lagi awak telah menentukan hak awak tanpa awak sedar.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience