BAB 7

Romance Completed 7586

“Maafkan saya Wardah. Saya sudah cukup terluka. Perbincangan kita sudah tamat. Kalau saya sentiasa memikirkan kebahagian orang lain, siapa yang akan fikirkan kebahagian saya?” Ketika itu aku bangun dan terus berlalu.

Masuk sahaja ke dalam kereta airmata ini makin laju mengalir ke pipi. Apatah lagi dua hari lepas aku diberitahu aku keguguran kerana tertekan. Ya Allah! Aku terasa bagai terhumban ke dalam curam yang paling gelap, sunyi dan dalam.

Permata hati yang ditunggu selama tujuh tahun hadir dan pergi begitu sahaja. Kali ini aku menangis sesumgguhnya. Aku sudah tidak pedulikan orang yang lalu-lalang di tempat letak kereta.

Kali ini aku mahu menangis sepenuh hati. Aku sudah penat menahan perasaan. Aku sangat penat. Kali ini aku sudah tidak mampu bertahan. Sekiranya Kamal ingin meneruskan perkahwinan ini aku akan minta dilepaskan. Biarlah aku hidup bersendirian jika sekiranya itu lebih membahagiakan.

Kini sudah dua bulan Kamal kembali dari Arab Saudi. Aku tidak mahu membangkitkan isu itu lagi. Kamalpun tidak pernah bercerita apa-apa. Tetapi Aku lihat Kamal semakin ceria sejak kembali dari bertugas dan umrah.

Kenapa agaknya? Atau mungkin secara senyap dia sudah menikahi Wardah. Sekiranya benar,aku mahu lihat sejauh mana drama dan lakonannya akan berlangsung.

Aku sungguh penat hari ini. Mesyuarat ko-kurikulum dari pagi sehingga petang begitu membebankan fikiran. Ingatkan hari Sabtu bolehlah aku berehat dan mengemas rumah. Beginilah nasib pendidik. Tanpa mengira masa memikirkan cara-cara mendidik orang agar menjadi orang.

Setibanya di rumah aku lihat kain sudah siap dijemur. Itulah satu-satunya kerja rumah yang Kamal paling cekap. Sejurus aku membuka pintu dan memberi salam, Kamal terus menerpa dan memeluk ku erat. Aku hanya keras membatu. Penat dan terkejut menjadi satu.

“Maafkan abang Sayang. Maafkan abang yang tidak pernah mengerti hati mu. Maafkan abang yang sentiasa menuntut kesempurnaan daripadamu. Maafkan Abang kerana menafikan hakmu. Maafkan abang…” Kamal bersuara dengan sebak. Aku kaget. Apa benar Kamal sudah menikahi Wardah?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience