BAB 8

Romance Completed 7586

Ya Allah! Inikah keputusan bagi hajatku dalam setiap qiyamullailku? Aku gagahkan diri. Ku tahan sebak dan air mata. Tanpa kata-kata aku terus menuju ke sofa. Setiap langkah kurasakan terawang di udara. Pendengaranku tiba-tiba seperti berdengung. Aku perlu duduk sebelum aku rebah. Kamal lantas bersila di lantai di hadapan ku.

“Kenapa Sayang tak beritahu abang? Kenapa Sayang harus menanggungnya sendirian? Kenapa sayang seksa Abang begini?” Sempat ku lihat laporan perubatan ku ditangannya. Rupa-rupanya Kamal sudah tahu yang aku keguguran.

“Abang…bukan Sayang hendak menyiksa abang. Sayang tidak mahu abang kecewa. Sayang juga tak mahu abang membuat keputusan kerana simpati. Sayang tidak mahu mengganggu emosi dan fikiran abang.”

“Sayang….abang sudahpun membuat keputusan. Wardah sudahpun berkahwin dengan pilihan keluarganya. Sudah hampir sebulan dia berkahwin Sayang.” Aku hanya mampu mendengar. Terasa bagaikan mimpi menjadi nyata.

“Sepanjang di Mekah abang tidak putus mengunjungi rumah Allah. Setiap malam abang akan bangun bermunajat dan memohon hidayahNya. Hari-hari terakhir di sana, seringkali abang mimpikan Sayang malah semakin hari abang semakin rindukan Sayang. Kerinduan abang hanya pada Sayang. Ingatan abang terhadap Wardah semakin lama semakin pudar. Cinta abang pada sayang makin berbunga. Segala kenangan kembali datang. Bagaimana Sayang berkorban ketika Abang menyambung pelajaran. Bagaimana Sayang hampir dibuang keluarga kerana menolak pilihan mereka. Bagaimana Sayang berulang-alik ke hospital di bulan Ramadhan menguruskan abang kerana kemalangan. Itulah jawapan Tuhan buat abang malah itulah sebenarnya yang ada di dalam hati abang. Akhirnya abang sedar apa yang terjadi adalah ujian Tuhan buat abang. Abang rela kehilangan cinta yang masih belum jelas ini daripada kehilangan cinta yang abang yakin akan membawa ke syurga…”

“Abang…”

“Abang sedar, abang tak mampu menjadi seperti Muhammad bin Abdullah. Apakah Abang layak mengimpikan Khadijah binti Khuwailid? Abang tidak seharusnya menjadikan kekurangan Sayang yang satu itu sebagai alasan terbesar untuk jatuh cinta lagi. Sedangkan banyak lagi anugerah yang abang perolehi daripada sayang. Kini abang sedar, abang janji tak kan..”

“Jangan berjanji bang, cukuplah berjanji …”

“Baiklah…baiklah…”

“Betul abang dah tak ingatkan Wardah? Atau abang sedang frust menonggeng ni?”

“Betul. Dia dah jadi isteri orang dahpun. Yang ada cuma Aliya binti Jaafar.”

“Terimakasih abang.”

“Sama-sama kasih isteriku.”

Dan di saat ini aku benar-benar bahagia. Ya! Allah hamdan laka Ya! Allah, kerana menyahut doa kami. Moga-moga ujian yang mendatang ini menjadikan kami lebih menghargai anugerah dan nikmat yang sedia ada.

Moga-moga juga keimanan kami makin utuh serta di kurniakan anak-anak yang soleh dan solehah. Jadikan mahligai kami abadi kerana mahligai ini dibina atas kalimah Mu yang suci. Amin Ya Rabb.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience