BAB 2

Romance Completed 7586

Aku kembali ke katil. Saat terlihat wajah suami yang ku cintai, pandanganku terhenti. Wajah itu sangat tenang sekali. Tenang wajah itu benar-benar mencerminkan jiwa dan sikapnya dan ketenangan itu tidak pernah berubah. Yang berubah mungkin cintanya.

“Sayang…abang ingin berterus-terang dengan Sayang. Tapi Sayang perlu tahu abang sangat-sangat cintakan Sayang dan tiada sesiapa di dunia ini memiliki kemulian seperti Sayang.” Itulah permulaan bicara Kamal suamiku setelah selesai solat Isya’ pada malam yang melukakan itu. Patutlah sujudnya begitu lama sekali. Mungkin memohon kekuatan untuk meluahkan sebuah kebenaran.

“Sayang…maafkan abang. Maafkan abang yang penuh kelemahan ini. Maafkan abang yang tidak kuat sepertimu menangkis dugaan. Maafkan abang.” Di saat ini hanya Tuhan yang tahu betapa aku celaru dengan kata-kata itu. Apatah lagi kulihat matanya bergenang dan berkaca.

Dadanya menahan sebak yang dalam. Kamal memegang tanganku dan melekapkan mukanya kepada kedua-dua tangan ku serta menciumnya dengan lama. Dapat kurasakan setitis air hangat hinggap di celahan jari dan sebelum aku pengsan dan tidak sedarkan diri, aku mendengar satu ungkapan…

“Sayang…izinkan abang berkahwin lagi?”

Itulah kali pertama dan terakhir ungkapan itu aku dengari. Kamal tidak pernah menanyakan lagi dan aku tidak pernah cuba untuk mengungkitkannya. Tapi aku tahu dia kecewa dan dia juga tahu bahawa aku lebih kecewa.

Hubungan suami isteri kami berjalan seperti biasa. Kamal sering mewujudkan kemesraan seperti selalu dan aku juga begitu biarpun kami masing-masing tahu kemesraan kami hambar dan tidak bernyawa.

Aku tahu Kamal rasa sangat bersalah dan aku dapat melihat rasa itu menghantuinya. Setiap kali kami ingin berpisah untuk ke tempat kerja, aku melihat pandangannya berkaca. Belaian tangannya memberitahuku betapa dia rasa bersalah. Maafkan Sayang abang…Sayang tidak mampu menipu diri.

Suatu hari aku mendapat panggilan telefon daripada Nani kawan kami yang bekerja satu pejabat dengan Kamal. Kami bertemu janji disebuah kafe.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience