BAB 1

Drama Completed 962

“Sarah, tolong hantarkan kuih ni ke rumah Acil.”Suara nenek menyedarkan aku dari lamunanku ke arah rumah Acil.

Rumah Acil berhadapan dengan rumah nenekku. Aku lantas bangun lalu mencapai bekas yang dihulur nenek lalu menyarung selipar untuk ke rumah Acil.

Sampai di rumah Acil, aku melihat Acil sedang duduk di pangkin bawah pokok mempelam yang tumbuh merimbun sambil memicit-micit kakinya.

Selepas memberi salam dan bersalam dengan Acil, aku duduk di hadapan Acil di atas pangkin.

“Teriknya hari ini”, Acil mengeluh kepenatan sambil mengelap peluh yang memercik di dahi.

“Panas sangat hari ini kan Acil. Angin kipas pun macam tak berasa.”Mataku tertoleh ke arah 3 tandan pisang yang diletakkan di atas tanah di tepi pangkin.

Acil pasti baru mengutip buah-buah pisang ini dari kebun pisang di belakang rumahnya untuk dijual.

Walaupun tidak sebanyak mana hasilnya, tapi cukuplah untuk perbelanjan Acil buat seminggu.

Kasihan Acil, pada usia yang semakin tua dia masih gigih mencari sesuap nasi buat dirinya.

Acil sudah lama tinggal bersendirian. Bukan Acil tidak mempunyai anak, tetapi setiap kali disebut tentang anak-anaknya yang berdua itu pasti mengalir air mata Acil.

Mana tidaknya, Acil sendiri tidak dapat menjejaki anak-anaknya. Mereka menghilangkan diri dari Acil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience