BAB 4

Drama Completed 962

“Nenek, tadi Kak Rin telefon. Dia nak balik berurut dengan Acil,” Ujarku pada nenek.

Kak Rin, kakak sepupuku yang tinggal di Kuala Lumpur. Dia baru sahaja melahirkan anak sulungnya seminggu yang lalu.

“Elok sangatlah tu. Esok kamu cakap pada Acil. Takut ada pulak nanti yang datang ambil Acil hujung minggu ni.”

Acil juga mencari rezeki dengan mengurut. Ramai wanita yang baru bersalin mendapatkan khidmat Acil.

Kadang-kadang mereka datang berurut di rumah Acil tetapi ada juga yang inginkan khidmat Acil lebih lama, oleh itu, mereka akan datang mengambil Acil di rumah dan dibawa bermalam di rumah mereka.

Alhamdulillah, sekurang-kurangnya Acil boleh menambah punca pendapatannya selain menjual hasil kebun.

Pada hari Sabtu itu, Kak Rin dan suaminya, Abang Hafriz sampai ketika aku, nenek dan Acil sedang makan tengah hari.

Menjadi kebiasaan hujung minggu, sekiranya Acil ada di rumah, nenek akan menjemput Acil untuk makan tengah hari dan makan malam di rumah kami.

Kadang – kadang, Acil juga bermalam di rumah nenek pada hujung minggu.

“Kalau Acil makan sekali dengan kita, tak lah nenek bosan sangat. Ada juga kawan nenek nak bersembang,”

Selepas Asar, Acil mula proses mengurut Kak Rin di dalam bilik nenek. Aku diminta untuk menjaga Erra sepanjang Kak Rin mengurut dengan Acil.

Ah, tidak ada sebab untuk aku menolak permintaan itu kerana aku sangat teruja dengan kecomelan Erra.

Hatiku sebak kerana Erra masih mempunyai orang tua tidak sepertiku. Aku juga seperti Acil, tidak punya sesiapa selain nenek dan Acil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience