BAB 2

Drama Completed 962

“Mungkin mereka malu dengan Acil. Acil miskin. Mereka dah kaya.” Itu jawapan Acil sewaktu aku bertanya pada Acil tentang anak-anaknya.

Nenekku pernah mengingatkan aku untuk tidak lagi bertanya kepada Acil tentang anak-anaknya. Tapi jauh di sudut hatiku, aku yakin Acil tentu merindui anak-anaknya.

Anak-anak yang lahir dari rahimnya sendiri, yang dibesarkan dengan titik peluhnya sendiri sehingga mereka berjaya pijakkan kaki di menara gading.

Tapi, selepas kejayaan yang mereka perolehi, begini pula nasib Acil. Menitis air mataku setiap kali terkenangkan Acil.

Pak Bakar, arwah suaminya sudah lama meninggal dunia. Sewaktu Pak Bakar pergi, anak- anak Acil, Syawal dan Leha masih kecil.

Seingat Acil waktu itu Syawal baru berusia 10 tahun dan Leha pula baru masuk sekolah rendah.

Selepas anak-anaknya mendapat kerja dan berkahwin, entah ke mana mereka pergi. Tiada khabar berita buat Acil di kampung yang semakin tua dan uzur. Ah, kejam sungguh mereka!

“Macam mana kamu sekolah?” Soalan Acil menyentak lamunanku. Ah, terlalu jauh aku mengelamun di depan Acil.

“Baik-baik saja Acil. Di sekolah, ada pertandingan menulis cerpen.”

“Cerpen? Apa benda tu? Kuih?”

Soalan Acil membuat aku tersenyum kecil pada Acil.

“Cerpen tu cerita pendek Acil.”Aku menerangkan pada Acil satu persatu. Acil pula mendengar tanpa rasa bosan.

Kadang kala, kami ketawa bersama kerana Acil salah faham dengan apa yang aku ceritakan dan aku harus menerangkan semula kepada Acil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience