BAB 5

Drama Completed 962

Cuma, orang tuaku sudah lama menghadap Illahi, tetapi anak-anak Acil pula menghilangkan diri dari Acil.

Sekurang-kurangnya masih ada kubur untuk aku ziarahi setiap hari Jumaat bagi melepaskan rindu pada orang tuaku. Tetapi Acil ? Ah, sekali lagi air mataku menitis mengenangkan nasib Acil.

“Sarah, kamu menangis?” Nenek menegur aku dari belakang “Disuruh jagakan Erra, kamu pula melayang entah ke mana.”

“Nenek, Herliza rindukan mama dan papa. Untung Erra ada Kak Rin dan Abang Hafriz.” Aku menangis di pelukan nenek.

“Sudah lah, banyak kali nenek pesan kalau rindukan arwah, kirimkan Al-Fatihah. Bukan menangis macam ni. Tengok Erra tu, bulat mata dia tengok kamu menangis,” Kata- kata nenek sediki sebanyak berjaya menyejukkan hatiku.

Terus kau cium Erra bertalu – talu sehingga hampir menangis budak kecil itu aku kerjakan.

“ Nenek, agaknya macam mana rasanya Acil rindukan Abang Syawal dan Kak Leha kan nek? Kasihannya Acil,”

“ Sebab itu, kamu harus bersyukur. Sekurang-kurangnya kamu ada kubur arwah mama dan papa kamu untuk kamu ziarah melepas rindu tapi Acil ? Tiada kubur untuk diziarah tiada berita jadi pengubat hati,”

‘Maafkan Herliza mama. Ampunkan Herliza papa. Herliza terlalu mengikut rasa hati. Semoga mama dan papa ditempatkan di kalangan orang-orang beriman,’ Doa hatiku sambil merenung Erra yang tersenyum diagah Abang Hafriz.

Malam itu, Acil tidak bermalam di rumah nenek.

“Segan lah aku Mah nak tidur rumah kamu malam ni. Cucu-cucu kamu ada tu. Biarlah aku balik rumah aku, esok pagi aku datang lagi.

Ada 2 kali lagi aku nak mengurut si Rin tu,” Itulah alasan yang Acil beri pada nenek untuk tidak bermalam di rumah kami pda malam itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience